Saturday 20 October 2012

Teori-teori Personaliti Utama

Sejak akhir abad ke-19 hingga kini, beberapa teori yang terkenal dikemukakan oleh tokoh-tokoh besar dalam bidang psikologi personaliti. Antaranya adalah Teori Trait, Teori Psikoanalisis, Teori Behavioristik dan Teori Humanistik. Teori-teori ini banyak dipengaruhi oleh aliran pemikiran pada zaman ia dibentuk.
      Teori Trait dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Gordon Allport dan Raymond Catell. Ia berkisar mengenai sistem dalaman yang dipanggil trait. Manakala Teori Psikodinamik pula adalah hasil kajian Sigmund Freud. Teori ini meletakkan seks sebagai dorongan utama kepada seluruh tingkah laku manusia. 
          B. F. Skinner pula mengatakan bahawa tingkah laku adalah hasil saripada gerak balas pada ransangan persekitaran seseorang. Konsep ini diterapkan dalam Teori Behavioristik. Teori Humanistik gubahan Abraham Maslow pula menekankan manusia secara semula jadinya mempunyai naluri yang baik dan berkeinginan mencapai keadaan hidup yang lebih sempurna. 

No comments:

Post a Comment