Tuesday 30 October 2012

Konsep Dan Definisi Fasilitator Dinamik

Fasilitator dinamik adalah individu yang mempunyai kebolehan yang tinggi bagi mengawal kelompok secara sistematik dan teratur. Ia juga berusaha mewujudkan suasana terapeutik di kalangan ahli-ahli dalam kelompok itu.
      Menurut Wan Norjihan (2003), fasilitator dinamik adalah fasilitator yang dapat mengawal kumpulan di bawah jagaannya dengan baik tanpa mengalami kegagalan yang mengecewakan. Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi mengendalikan kelompok iaitu :
  1. Fasilitator yang fleksibel - Fasilitator ini mampu mengubahsuai aktiviti kumpulan yang digunakan dalam sesi sebelum dan semasa aktiviti sedang dijalankan.
  2. Adaptif - Fasilitator mampu mengubahsuai aktiviti kumpulan yang mengalami situasi jurang  yang kritikal.
  3. Proaktif - Sebelum memulakan aktiviti kumpulan, fasilitator mengubahsuai aktiviti yang disediakan  mengikut kesesuaian karakter ahli kumpulan dan objektif program.
  4. Responsive - Apabila aktiviti sedang berlangsung, fasilitator segera membuat apa-apa pengubahsuaian bagi memastikan situasi yang tegang berada dalam keadaan yang terkawal.
  5. Fasilitator yang anjal - Fasilitator juga perlu anjal dengan mampu menerima apa sahaja yang berlaku dalam kumpulan dinamik secara perkara yang bernilai dan dapat meneruskan aktiviti dengan ahli-ahli.


No comments:

Post a Comment