Saturday 20 October 2012

Bapa Psikologi Personaliti

Sigmund Freud
Sigmund Freud dianggap sebagai bapa bidang psikologi personaliti kerana beliau adalah antara orang yang terawal merumuskan teori personalitiyang kompleks. Pada awalnya beliau adalah pakar saraf dan psikiatri. Personaliti manusia pada perspektif beliau adalah hasil pengalaman semasa kanak-kanak dan pengaruh tindakan di bawah sedar manusia. Perspektif beliau dipengaruhi oleh latar belakang keluarganya yang berbangsa Yahudi. 
       Dalam teori Freud, aspek mental yang asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian sedar, pra-sedar dan bawah sedar. Antara ketiga-ketiga bahagian ini, bahagian di bawah sedar mempunyai impa yang paling besar pada pembentukan personaliti seseorang. Freud mengumpamakan mental manusia seperti bongkah ais yang besar. Bhagian di atas permukaan air yang lebih kecil adalah bahagian sedar dan bahagian di bawah permukaan air yang lebih besar adalah mental bawah sedar.
      Menurut pandangan Freud, desakan naluri manusia mendorong manusia memenuhi keperluannya. Kepuasan yang diperoleh dapat mengembalikan keseimbangan tubuh badan. Menurut teori Freud lagi, sistem minda manusia terdiri daripada tiga iaitu id, ego dan superego.
      Id adalah dorongan biologi atau kehendak naluri seperti keperluan seks, makanan dan tidur. Ia bertindak bermatlamatkan keseronokan. Ego pula bertentangan dengan id. Ia berperanan memilih tindakan yang dapat menghalang desakan id. Ego terbentuk apabila kanak-kanak mendapati tidak semua yang diingini oleh id dapat dipenuhi. manakala superego pula mempengaruhi ego supaya memilih tingkah laku secara realistik. 
     Seorang ahli psikiatri bernama Carl Jung juga pada awalnya bersetuju dengan pendekatan Freud. Namun beliau berpendapat, personaliti bukan sahaja ditentukan oleh pengalaman silam seseorang, malah ia juga dipengaruhi oleh matlamat pada masa hadapan. Jung mengembangkan teorinya dengan mengemukakan dua sikap asas iaitu ekstraversion dan introversion. Seseorang yang bersikap ekstrovert mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Orang yang bersikap introvert pula suka memendam perasaan dan tidak suka bersosial.
       Alfred Adler, seorang lagi ahli psikiatri, turut sependapat dengan Jung. Beliau percaya tingkah laku berpandu kepada matlamat masa hadapan seseorang. Matlamat hidup manusai adalah menuju kesempurnaan atau superioriti. Sikap inferiority seseorang menjadi faktor pendesak yang mempengaruhi personaliti.

No comments:

Post a Comment