Tuesday 30 October 2012

Teori Psikososial

Teori psikososial dipelopori  oleh Erik Erikson. Beliau berpendapat, ego beroperasi dengan sendiri dan bebas daripada emosi dan motivasi id. Ego mentadbir dan membuat sintesis yang membantu manusia mengatasi konflik dalaman dan persekitaran. Psikologi ego menekankan integrasi antara desakan biologi dan psikososial bagi menentukan fungsi personaliti. Ia juga menekankan konteks interpersonal, budaya dan sejarah yang unik di mana manusia melalui krisis dalam proses perkembangan. Dalam teori ini, ia lebih menekankan krisi yang dihadapi oleh menusia pada setiap peringkat perkembangan manusia. Krisis itu perlu diatasi sebelum meneruskan ke peringkat seterusnya supaya tidak mengalami kecewa dalam hidup.

Tahap Perkembangan
Erikson percaya, tahap perkembangan manusia dipelopori oleh epigenetic di mana perkembangan berlaku dalam beberapa peringkat dan bersifat universal. Beliau lebih menekankan aspek perkembangan dan fungsi ego yang positif. Antara tahap perkembangan manusia adalah :

Percaya vs tidak percaya
Ia lebih kepada ransangan zon mulut. Konsep trust (percaya) dan mistrust (tidak percaya)terbentuk bergantung pada teladan yang ditunjukkan oleh ibu.

Autonomi vs rasa bersalah
Perasaan autonomi dan kawalan kendiri terbentuk apabila ibu bapa memberi bimbingan kepada anak-anak. Anak-anak memiliki perasaan positif terhadap orang lain dan berasa bangga. Mereka mempunyai kehendak membuat keputusan sendiri.

Inisiatif vs daya usaha
Sifat inisiatif mula berkembang dan mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi berkenaan diri dan persekitarannya. Imaginasi mereka sangat aktif. Apabila kanak-kanak dihukum, mereka rasa bersalah.

 Industri vs rasa rendah diri
Kanak-kanak mempunyai sikap industri iaitu sibuk belajar cara menyempurnakan suatu tugas. Bahayanya pada peringkat ini adlah apabila kanak-kanak gagal mempelajari sesuatu dan akhirnya membnetuk perasaan inferior.

 Identiti diri vs lawan kekeliruan identiti
Ia berlaku pada peringkat umur antara umur 13 hingga 19 tahun. Biasanya, remaja menghadapi masalah krisis identiti. Krisis identiti timbul kerana keliru dengan peranan sebenar diri mereka. Remaja mudah menerima nilai-nilai yang dibawa oleh arus tidak kira positif mahupun negatif.

Rasa kasih sayang vs mengasingkan diri
Pada peringkat umur antara 20 hingga 24 tahun, golongan muda mula menjalinkan hubungan akrab dan mesra dengan orang lain. Mereka sudah mula mencari pasangan dan sanggup berkorban bagi mempertahankan hubungan itu.

Generativiti vs kekakuran
Peringkat ini berlaku daripada umur 25 hingga 64 tahun. Golongan dewasa yang mempunyai ego yang kuat dan hubungan yang matang dengan orang lain. Generativiti melibatkan proses meningkatkan karier yang priduktif dan mengambil berat kebajikan generasi akan datang.

Integriti ego vs sesalan
Peringkat ini bermula daripada usia 65 tahun hingga akhir hayat. Ini adalah masa individu selalu melakukan refleksi kendiri dimana individu mengenang kembali perkara yang pernah dilalui sepanjang hayat. Apabila mereka merasa berpuas hati, kesepaduan akan timbul. Jika sebaliknya, mereka mengalami sesalan hidup.

No comments:

Post a Comment