Saturday 20 October 2012

Sumber Psikologi Personaliti Dalam Islam

Assalamualaikum...
Older post saya yang sebelumnya ada menceritakan tentang psikologi personaliti Barat. Psikologi personaliti barat berbeza dengan psikologi personaliti dalam islam kerana psikologi personaliti  Barat banyak dipengaruhi oleh faktor peribadi seseorang ahli psikologim aliran pemikiran pada sesuatu zaman dan ciri-ciri populasi dalam sesuatu kelompok masyarakat, konsep personaliti manusia. Manakala menurut Islam, adalah berdasarkan sumber Quran dan hadis. Ia bukan hasil pemikiran rasional manusia semata-mata. Atas sebab inilah ahli-ahli psikologi Islam menolak teori-teori yang dikemukakan oleh Barat. 
      Misalnya, menurut teori Behaviourisme, tingkah laku seseorang adalah semata-mata hasil tindak balasnya terhadap ransangan yang diterima. Ini meletakkan manusia sebagai satu objek yang tidak mempunyai matlamat,  seolah-olah sebuah robot yang diprogramkan menurut cip yang dipasang ke dalam otaknya. Namun, menurut Quran dalam, dalam ayat 21 surah at-Thur , Islam meletakkan manusai sebagai khalifah dan segala tingkah lakunya akan dihakimi di akhirat kelak. Manusia juga dimuliakan dengan akal untuk berfikir mengenai kesan daripada tindak tanduknya.
      Manusia berupaya memilih tingkah laku yang dikehendaknya. Hal ini diungkapkan dalam ayat ke-8, surah as-Shams. Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyatakan, Dia mengilhamkan kepada jiwa manusia jalan kefasikan dan ketakwaan. Terpulang kepada manusia ntuk memilih yang mana hendak diturutinya. 
      Selain akal untuk berfikir, manusia menurut Quran diciptakan dengan elemen emosi, hati dan roh bagi membolehkan seseorang menjalankan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dengan sempurna. Imam Ghazali adalah salah seorang cendikiawan Islam yang paling banyak mengemukakan konsep manusia dan psikologi. Hasil penelitiannya pada kandungan Quran, beliau menyimpulkan terdapat 5 elemen yang membentuk personaliti. Kelima-lima elemen itu adalah akal, jasad, hati, roh dan nafsu.
      Para ahli psikologi Muslim mengkaji persoalan personaliti  manusia dengan mengkaji makna-makna istilah itu dalam Quran. Hassan Langgulung dalam tulisannya, Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikoloogi Moden : Sumbangan Islam menyatakan  dalam Islam, jiwa merujuk kepada empat istilah iaitu 'aql', 'nafs', ;roh', dan 'qalb'. Inilah perbezaan paling ketara antara psikologi Barat dan psikologi Islam, kajian terhadap jiwa diutamakan sedangkan di Barat, ajian terhadap tingkah laku lebih di utamakan. 
      Dalam al-Quran, Allah mengungkapkan tiga jenis 'nafs'. Tiga jenis 'nafs' iaitu Nafs al-Ammarah adalah nafsu yang mendorong kepada kejahatan. Nafs al-Mutmainnah pula adalah nafsu yang mendorong kepada ketenangan, Nafs al-Lawwamah diertikan sebagai nafsu yang tercela.

*p/s  : Ikutlah panduan yang betul, selagi pegangan kita adalah benar dan mengikut syariat Islam, insya Allah semua urusan akan dipermudahkan. Janganlah kita bergantung kepada teori Barat semata-mata yang hanya terhasil daripada pemikiran manusia.
      

1 comment: