Tuesday 30 October 2012

Teori Pemusatan Individu

Teori pemusatan klien dipelopori oleh Carl Roger. Ia berkaitan dengan personality manusia yang dibentuk sejak dari kecil. Menurut teori ini, manusia mampu memperbaiki diri sendiri bagi mencapai matlamat dalam hidup. Dalam teori ini, beliau percaya manusia adalah makhluk rasional yang mempunyai kesedaran. Beliau juga menekankan pengalaman pada masa sekarang lebih penting daripada pengalaman lepas. Oleh itu, kaunselor perlu memfokuskan pada perasaan klien pada masa sekarang walaupun isu yang dibincangkan adalah perkara lepas.

Tahap Perkembangan
Terdapat beberapa tahap perkembangan yang dikemukakan oleh Rogers bagi menjelaskan lagi keadaan manusia mengikut situasi yang ditetapkan. Antaranya ialah :

Kecenderungan kesempurnaan.
Manusia didorong oleh kecenderungan mempertahankan dan meningkatkan kendiri. Ia merangkumi keperluan psikologi dan fisiologi. Kita menilai pengalaman dengan melihat cara ia menepati kecenderungan kesempurnaan.

 Anggapan positif
Keperluan anggapan positif adalah universal dan berpanjangan. Ia termasuk kasih sayang dan penerimaan orang lain terutamanya ibu semasa masih bayi.

Anggapan positif tanpa syarat
Individu merasakan dirinya diterima ataupun tidak bukan bergantung pada apa-apa prasyarat.

Anggapan kendiri positif
Biasanya, anggapan positif datang daripada diri sendiri dan tingkah laku orang lain.

 Keadaan yang bernilai
Ia berkembang daripada proses anggapan positif kepada anggapan kendiri positif. Individu hanya menunjukkan tingkah laku yang disukai oeh orang lain.

 Kemurungan
Kemurungan adalah keadaan yang tidak kongruen perkembangan antara konsep kendiri dan persekitaran. Keadaan ini  berlaku apabila wujud ketidaksamaan antara kendiri yang dipersepsi dengan kendiri sebenar dan menyebabkan kebimbangan berlaku.

No comments:

Post a Comment