Tuesday 30 October 2012

Punca Manusia Bermasalah

Perkataan bermasalah sering difahami secara negatif. Ia menjadikan kita keliru dan berat fikiran. Masalah berperanan membuka dan meluaskan daya imaginasi. Selagi ada orang yang melakukan kesilapan,selagi itu wujud masalah yang perlu diselesaikan. Masalah merujuk kepada perbezaan antara apa yang wujud dan apa yang kita mahu dan inginkan. Ia dapat didefinisikan sebagai perkara yang memerlukan penyelesaian. Ia adalah perkara ataupun keadaan yang menimbulkan kesukaran. Setiap masalah mempunyai komponen major iaitu :

Tidak selesa dalam sesuatu situasi 
Apabila individu percaya perkara itu sempurna dan memuaskan, itu bukan masalah. Apabila seseorang tidak selesa dalam situasi itu, seseorang itu dalam maslah dan memerlukan pilihan lain bagi menggantikannya.

Tidak mampu mencapai matlamat
Pada awalnya, matlamat adalah samar-samar kemudian bergerak kepada lebih tepat serta terperinci. Matlamat adalah keinginan untuk dicapai walaupun kadang-kadang fizikal dan pemikiran tidak mampu mencapainya. Apabila tidak tercapai, ia menimbulkan kekecewaan pada diri.

Terdapat halangan untuk berubah
Apabila manusia ingin berubah ia bukan semudah dijangkakan. Ia adalah keadaan dan paksaan yang datang bersama pemilihan penyelesaian dalam susunan bagi mencapai matlamat. Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor diri sendiri dan persekitaran.

No comments:

Post a Comment