Saturday 20 October 2012

Matlamat Kaunseling

George dan Cristiani (1990) menyenaraikan 5 matlamat utama yang ditekankan di dalam kebanyakan teori dan model kaunseling.

  • Menyediakan perubahan untuk perubahan tingkah laku.
  • Memperbaiki perhubungan sosial dan peribadi.
  • Meningkatkan keberkesanan sosial dan kebolehan menangani keadaan.
  • Belajar proses membuat keputusan.
  • Mempertingkatkan potensi manusia dan memperkayakan perkembangan diri.

Shertzer dan Stone (1974) berpendapat matlamat kaunseling  adalah ke arah :
  • Perubahan tingkah laku.
  • Kesihatan mental yang positif.
  • Menyelesaikan mesalah.
  • Keberkesanan peribadi.
  • Membuat keputusan.

1.  Perubahan tingkah laku
Hampir semua pakar dalam kaunseling berpendapat matlamat utama kaunseling ialah perubahan tingkah laku yang membolehkan klien hidup dengan lebih produktif dan memuaskan di dalam limitasi masyarakat dalam hubungan dengan orang lain seperti di dalam situasi keluarga, pencapaian akademikdi tempat kerja dan seumpamanya. Kaunseling menghasilkan perubahan di dalam organisasi dan struktur personaliti dan tingkah laku. perubahan sebagai satu matlamat boleh dilihat sebagai  mengesah semula tindakbalas biasa kepada kekecewaan atau sikap berbeza kepada orang lain. 


2.  Kesihatan mental yang positif
Jika matlamat kesihatan mental tercapai, seseorang klien memperoleh integrasi, penyesuaian dan identifikasi positif dengan orang lain. Klien belajar menerima tanggungjawab, berdikari dan mendapat integrasi tingkahlaku. 


3.  Menyelesaikan masalah
Matlamat Kaunseling kadangkala dirasakan sebagai satu resolusi kepada apa juga permasalahan yang dibawa semasa perhubungan menolong. Krumbolz (1965) memberi rasional bahawa sebab utama kewujudan kaunseling adalah berasaskan kepada fakta bahawa manusia mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Mereka datang berjumpa kaunselor kerana mereka telah diberi kepercayaan bahawa kaunselor boleh menolong mereka menyelesaikan masalah mereka. 

4.  Keberkesanan peribadi
Berkaitan dengan matlamat mencapai kesihatan mental  yang baik dan perubahan tingkah laku ialah memperbaiki keberkesanan peribadi. Blocher ( 1966) mendefinisikan individu yang berkesan dapat dilihat boleh melibatkan diri dengan melakukan projek, melabur tenaga dan masa dan bersedia mengambil risiko ekonomi, psikoterapi dan fizikal. Dia dilihat mempunyai keupayaan untuk mengawal, mendefinisi dan menyelesaikan masalah. Dia juga konsisten dalam situasi peranan yang diaminkan. Dia juga dilihat boleh berfikir dengan cara kreatif, berbeza dan tulus. Akhirnya ia berupaya mengawal diri dan memberikan tindakbalas yang sesuai kepada kekecewaan, permusuhan dan kesamaran.



5.  Membuat keputusan
Salah satu matlamat kaunseling yang penting ialah membolehkan individu membuat keputusann. Adalah bukan menjadi tugas kaunselor untuk menentukan apa keputusan yang harus dibuat atau dipilih oleh individu. Keputusan adalah terletak di tangan klien sendiri dan dia mesti tahu mengapa dan bagaimana untuk membuat keputusan. Dia perlu belajar untuk mengagak kebarangkalian kesan dan akibat daripada keputusan ini dari segi pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang, risiko dan seumpamanya. Dia harus belajar mengambil kira nilai kendiri dan sedar tentang keputusan yang dibuat.

No comments:

Post a Comment