Tuesday 18 December 2012

Doa Agar Allah Perbaiki Semua Urusan



BISMILLAH...
Doa dan zikir kali  ini ialah  salah satu amalan Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang. Antara isi doa ini ialah  kita menyatakanpenyerahan dan pergantungan mutlak hanya kepada Allah SWT yang menguruskan segala urusan makhlukNya. Terdapat juga riwayat yang menyatakan doa ini dibaca oleh Rasulullah saw bila baginda menghadapi masalah atau perkara yang membimbangkan. Lafaz doa ialah :


يَا حَّيُ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ،
وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Maksud : Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Menguruskan, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah semua urusanku dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupn sekelip mata ( Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim )

Bacalah doa ini setiap masa terutama bila berdepan dengan sesuatu kesulitan kerana hanya Allah SWT yang berkuasa menyelesaikan segala masalah dan kesulitan. Doa ini hanya ringkas tetapi amat bermakna dan indah susunan perkataannya. Amat rugi sekiranya kita yang amat lemah tidak mengamalkan sunnah Nabi saw ini dalam meneruskan kehidupan yang semakin mencabar iman. 

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan petunjuk kepada kita semua untuk mengamalkan doa ini. Hanya kepadaMu kami berserah ya Allah.

Zikir Untuk Memperoleh Keredhaan Allah


BISMILLAH...


Zikir yang akan dibincangkan pada kali ini ialah salah satu zikir yang dibaca oleh Rasulullah saw pada waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali. Bacaannya amat mudah tetapi mempunyai kelebihan yang amat besar iaitu akan mendapat keredaan Allah SWT. Lafaz zikir ialah :


رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ
 صلى الله عليه وسلم نَبِيًّا

Maksud : "Aku reda dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai cara hidup dan Muhammad saw sebagai Nabi".

Kelebihan :
Sabda Rasulullah saw : sesiapa yang membaca pada waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali maka menjadi kewajipan kepada Allah untuk meredainya.( Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Baginda bersabda sesiapa yang membacanya maka wajib baginya syurga.
Amat rugi sekiranya amalan yang mudah dan menjanjikan kelebihan yang amat besar diabaikan begitu sahaja. Adakah terdapat nikmat yang lebih besar daripada keredaan Allah dan syurga?. 
Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan taufik kepada kita agar dapat mengamalkannya.

Zikir Disempurnakan Urusan Dunia Dan Akhirat



BISMILLAH...

Kelebihan zikir  ini ialah Allah akan mencukupkannya daripada perkara yang dibimbangi sama ada berkaitan urusan dunia dan akhirat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Sunniy dan Abu Dawud. Zikir ini hendaklah dibaca pada setiap pagi dan petang sebanyak tujuh kali. Lafaznya ialah :


حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ

وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيم 
(7 kali)

Maksud : Cukuplah Allah ( sebagai pelindung) tiada Tuhan yang layak diabdikan diri melainkan Dia. Hanya kepadaNya aku berserah dan Dia Tuhan yang menguasai arasy yang agung.

Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan iman kepada saya dan semua pembaca untuk mengamalkan zikir ini.

Tips Belajar Berkesan



1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

- Kita ingat 10% apa yang dibaca         
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham  

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.  

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar               

sumber : Dr. Fadzilah Kamsah

Tips Menghilangkan Rasa Marah



Rasanya ok kot saya share tips menghilangkan marah dalam Islam nih hari nih. Jom kita tengok beberapa tips atau cara-cara menghilangkan marah dalam Islam nih :

1) Ubah posisi duduk.
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,

“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)

2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.

“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)

3) Meminum air.
Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.

4) Berdiam diri apabila marah.
Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.

5) Menyampaikan kemarahan secara positif.
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.

6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.

7) Keluar dari rumah.
Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.

p/s : Alhamdulillah, lepas kena marah tindakan dia cepat, dan dah ada buku bank tanpa banyak kerenah.

tips lagi,, bila dah marah orang ringankan mulut untuk melemparkan senyuman dan banyak bercakap dengan dia try untuk ‘slow talk’, supaya takde rasa jauh hati antara individu.
jangan marah2...:)

Wednesday 5 December 2012

Lebih Yakin dan Kurangkan Rasa Malu

                                                  
Arahan
  • Lihatlah orang di mata dan senyuman apabila anda lulus rakyat dalam kehidupan seharian anda. Mula dengan satu orang sehari dan bekerja secara beransur-ansur sehingga anda mampu untuk tersenyum pada orang yang paling anda menghadapi. Tersenyum kembali pada mereka yang tersenyum pada anda pertama. Ingatlah bahawa tersenyum membuat anda kelihatan lebih mesra yang boleh membuat ia lebih mudah bagi orang ramai untuk mendekati anda.
  • Sertai kelab yang mempunyai acara sosial biasa dan menjadi terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti. Tanya untuk menyertai jawatankuasa kecil supaya anda mulanya berinteraksi dengan beberapa orang, anda boleh menjadi selesa dengan. Pergi ke sebagai acara kelab banyak yang mungkin.
  • Ambil kelas dan membangunkan kemahiran yang anda telah sentiasa mahu untuk memperoleh. Kongsi kejayaan anda di dalam kelas dengan ahli-ahli, positif menggalakkan keluarga dan rakan-rakan dan membenarkan diri anda untuk merasa bangga pada apa yang anda mencapai
  • Katakanlah "hi" kepada jiran sebelah anda apabila anda pergi dan mengambil surat. Menyambut kedatangan mereka lihat setiap minggu. Mengakui orang lain adalah satu cara yang anda boleh mula untuk memecahkan melalui dinding rasa malu and
  • Dapatkan model rambut yang baru atau membeli baju yang sesuai dengan anda dengan baik. Beli sepasang kasut yang anda telah mengintai tetapi merasakan terlalu berani. Perasaan yang baik mengenai diri anda adalah cara terbaik untuk memberi anda keyakinan yang anda perlukan untuk memulakan berjuang rasa malu anda dan kurang menarik.
  • Hentikan rungut apabila orang bercakap kepada anda. Jawab orang dalam nada yang jelas yang mudah didengar tetapi tidak terlalu kuat dan anda akan mendapati bahawa orang yang benar-benar mendengar kepada anda. Pengetahuan ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri dan membantu anda berurusan dengan malu anda.
  •  Memanggil kawan-kawan anda dan keluarga tahu bahawa anda bekerja untuk mengatasi malu dan mendapat keyakinan yang lebih pada diri sendiri. Tanya bahawa mereka membantu anda dengan memperkenalkan anda kepada orang-orang lain dan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik anda keluar dari kelemahan anda, dan dengan mengingatkan anda tentang ciri-ciri yang baik anda miliki. Beritahu mereka bahawa mereka adalah sebahagian penting daripada proses anda mengatasi cabaran-cabaran ini.

Sunday 2 December 2012

Matlamat Terapi Dalam Aspek Agama & Spiritual

Pelbagai matlamat yang menjurus kepada aspek agama dan spiritual yang bersesuaian dengan terapi telah dikenalpasti. Matlamat ini penting dan ianya hendaklah diterapkan hanya kepada klien yang bersetuju untuk mengaitkan maslaha mereka dengan aspek agama dan spiritual. Antara matlamat terapi dalam aspek ini ialah seperti berikut :
  • Untuk mebawa klien memahami pengalaman spiritual dan hidup dengan harmoni dan kebenaran.
  • Membantu klien menilai dan memahami kesan kepercayaan terhadap agama dan spiritual terhadap permasalahan yang mereka alami.
  • Membantu klien mengenalpasti dan menggunakan sumber agaa dan spiritual dalam kehidupan mereka dalam usaha proses mengatasi masalah mereka.
  • Menolong klien menilai dan mengatasi masalah berkaitan agama dan spiritual serta membuat pilihan berkaitan peranan agama. 
  • Menolong klien menilai apakah pandangan dan perasaan mereka dan membantu mereka menilai cara yang terbaik untuk pertumbuhan spiritual mereka.

Prinsip Bimbingan & Kaunseling

Kementerian Pelajaran Malaysia (1984)
  1. Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan : Merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk mempelajari pengalaman-pengalaman, nilai-nilai, sikap-sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.
  2. Bimbingan dan kaunseling untuk semua pelajar : Semua pelajar mempunyai peluang mendapatkan pertolongan tanpa mengira latar belakangnya, kaunm, agama dan kepercayaan. 
  3. Pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu. Seorang pelajar, pada keadaan tertentu memerlukan pertolongan,sokongan, dan bimbingan dalam proses perkembangannya.
  4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan pelajar bai perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya : Bertujuan untuk melayani keperluan individu supaya ia berkembang degan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap perkembangan.
  5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajahi tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih sertamerancang hidupnya dengan berkesan.
  6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa depan dan masa kini : Usaha bimbingan dan kaunseling untuk menjadikan pelajar lebih asertif, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakan sekarang dalam jangka masa yang panjang.
  7. Bimbingan dan kaunseling menolong pelajar menyedari kelemahan-kelemahan sendiri dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya: Fokus untuk memperkukuhkan kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti pencegahan dan penggayaan. Tempoh masa yang diberikan perlu mencukupi untuk membenarkan klien.
  8. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama : Semua pihak perlu mengembeling tenaga.
  9. Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Perlu mendapatkan maklumat pelajar.
  10. Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.
  11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalamannya. Bimbingan dan kaunseling merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan pelajar, membantu membuat penyesuaian dan perubahan tingkah laku.
  12. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan da persepaduan psikofizikal pelajar. Pelajar tidak hanya sebagai manusia kognotof sahaja tetapi mempunyai perasaan, sikap, akal dan rohani.
  13. Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan mengikut etikakaunseling yang baik. Bertujuan untuk memelihara kebajikan pelajar supaya tidak dianiayai oleh orang yang menolongnya. 

Saturday 1 December 2012

Prinsip Asas Kaunseling Islam

Perhubungan yang teraputik antara kaunselor dan klien di dalam melaksanakan proses terapi aan mewujudkan interaksi sempurna dan kepercayaan yang tinggi. Oleh itu, beberapa prinsip asas perhubungan di dalam kaunseling Islam akan mewujudkan biah saling mempercayai dan menghormati di antara satu sama lain. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Mempunyai kepakaran dan pengetahuan

Firman Allah SWT bermaksud :
" Katakanlah bagi (padanya) adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (orag yang tidak berilmu)"

2. Ikhlas dalam amalan dan kesungguhan membantu

Firman Allah SWT:
" Katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada aku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu. Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan jangan ia mempersekutukan siapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."
(Al-Kahfi : 110)
3. Kerahsiaan

Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang pedih di dunia dan akhirat.." 
(An-Nuur : 19)

4. Bercakap degan lemah-lembut

Firman Allah SWT :
" Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari kelilingmu..."
(Al-Imran :159)

5. Menggunakan perkataan yang baik-baik

Firman Allah SWT :
" Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambamy (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran)"
(al-Israa : 53)

6. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik

Firman Allah SWT :
" Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai Muhammad ) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik" 
(Surah an-Nahl : 125)

7. Berbahas dengan cara baik

Firman Allah SWT :
" Dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik"
(Surah an-Nahl :125)

8. Mengambilkira pandangan dan fikiran orang lain

Firman Allah SWT :
" Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan keduniaan) itu"
(Surah al-Imran : 159)

Konsep Kaunseling Islam

Dalam abad ke-20, hubungan antara dunia keagamaan dan kaunseling diselubungi oleh perasaan antagonism dan konflik. Berdasarkan tulisan Sigmund Freud dan pandangan terhadap agama sebagai satu illusory wish fulfillment (Freud, 1920) kepada pandangan kontemporary yang dikaitkan dengan gangguan emosi, pemikiran dan tidak rasional, inflesibiliti dan intolerence (Ellis, 1980). Kebanyakkan pengamal melihat agama dan kepercayaan sebagai tidak berfaedah kepada klien. 
     Pada pandangan tersebut, tidak menjadi masalah sekiranya kaunseling adalah value-free enterprise yang menjadi kepercayaan pada tahun 1960s, (Miranti& Burke,1992). Kaunselor yang mengamalkan value-free therapy tidak perlu risau sekiranya nilai dirinya mempengaruhi proses terapeutik kaunselor boleh bergantung kepada kaedah dan teknik pendekatan teraputik untuk mendapatkan hasil yang baik. 
     Pandangan tersebut mungkin sesuatu yang menarik. Namun a wealth of literature yang dihasilkan dalam 10 tahun terakhir mencadangkan bahawa kaunseling adalah satu konsep yang value-free adalah sesuatu yang dianggap tidak bersesuaian lagi. pandangan pada Bergen (1980), Kelly (1990) bukan sahaja kaunseling didapati mengandungi  nilai-nilai tetapi kaunselor do not remain value-free in counselling despite their intentions. Beberapa kajian menunjukkan klien mengadaptasi nilai yang ada pada kaunseling.
    Nilai memunyai pelbagai fungsi, pertama ia mendasari pemilihan teknik-teknik kaunselor (patterson, 1989), ia juga mendasari pembuatan keputusan berkaitan dengan rawatan. Ia juga langkah di mana rawatan yang berjaya boleh diukur, dan juga regulasi struktur dan ini kandungan sesi teraputik (Bergin, 1980). Ia juga merupakan pusat utama kepada apa yang dikenali sebagai suffering, yang perlu dirawat dalam kaunseling dan juga pilihan untuk membantu individu lain. 
     Kenyataan tersebut telah meletakkan pegangan nilai merupakan aspek penting yang merupakan antara elemen di dalam mewujudkan suasana teraputik dalam proses bimbingan di samping mendasari pembuatan keputusan berkaitan dengan rawatan.
    Kaunseling dalam Islam telah meletakkan pengertian dan kedudukannya yang tersendiri. Nilai-nilai di dalam syariat Islamyang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah merupakan pegangan utama di dalam melakukan proses bimbingan dan kaunseling. Islam melihat persoalan kaunseling bukanlah sekadar proses memberikan pertolongan atau bantuan kepada individu-individu dalam menyesuaikan diri dan menghadapi masalah-masalah semasa, tetapi lebih merujuk kepada pemahaman individu-individu tersebut terhadap diri dalam hubungan dengan PenciptaNya. 
     Pada pandangan Islam, manusia perlu dibangunkan selaras dengan  kedudukan dan tujuan penciptaannya. Begitu juga kepada penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi. Ianya hendaklah merujuk kepada petunjuk-petunjuk yang telah disediakan oleh Maha Pencipta manusia di dalamal-Quran dan al-Sunnah. Ini adalah selaras dengan matlamat Islam itu unutk membawa manusia ke arah kebenaran hakiki (al-Haq) dan kemenangan yang abadi (al-Falah) serta menghindarkan diri dari kerugian yang hakiki (al-khusran) di dalam kehidupan di dunia dan Akhirat.
     Kamal AbdMnaf (1995) menyatakan bahawa Hassan (1983) dalam membicarakan aspek Bimbingan dan Kaunseling Islam adalah  sebagai proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) antara seseorang yang pakar dalam psikologi kaunseling (kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunseling itu (klien). Teknik dan kaedah teknikal dan profesional digunakan bertujuan menolong klien untuk menyelesaikan masalahnya dan menghadapi masalah-masalah itu dengan kaedah-kaedah penyesuaian yang langsung,menolongnya memahami dirinya, memahami kebolehannya, serta menggalakkan menerima takdir yang diberikan oleh Allah. 
     Kaedah ini juga melatih membuat keputusan-keputusan berpandukan kepada syariat Allah SWT. Ia juga meletakkan diri klien tujuan-tujuan yang realistik dan halal,menggunakan kebolehan-kebolehan sejauh yang mampu dan berguna bagi dirinya serta orang lain sehingga dia dapat aktualisasi dirinya dalam mengerjakan apa yang diredhainya oleh Allah SWT sehingga ia dapat menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat..
    Tegasnya, kaunseling di dalam perspektif Islam telah menjadikan syariat Islam sebagai pegangan nilai di dalam melaksanakan proses membantu. Tujuan kaunseling Islam bukan sekadar kesejahteraan klien, akan tetapi kesejahteraan masyarakat, bukan juga untuk kebahagiaan di dunia akan tetapi ke Hari Akhirat.