Sunday 21 October 2012

Jenis Personaliti


PERSONALITI 'PEMIKIR'
Secara amnya, orang yang mempunyai personaliti pemikir adalah seorang yang bertanggungjawab. Ia melihat  dunia sebagai tempat yang penuh dengan cabaran. Manusia pemikir kurang keyakinan diri. Justeru, ia bergantung kepada orang lain bagi mendapatkan keyakinan diri. Justeru, ia bergantung kepada orang lain bagi mendapatkan keyakinan diri. Oleh kerana kekurangan itu, ia mengimbangi dirinya untuk berada setapak di hadapan orang lain melalui penguasaan terhadap pengetahuan atau informasi.
      Personaliti pemikir adalah seorang yang introvert atau suka bersendirian. Seseorang dalam kategori ini sering risau. Kerana itu, ia sentiasa mahukan jaminan dengan membuat perancangan yang teliti. Ia juga mahu orang lain menghormati privasinya. Orang jenis ini amat berprinsip terutama apabila melibatkan soal integriti. Ia berani menyuarakan tentangan apabila prinsip dilanggar.
      Personaliti pemikir paling tidak suka dibanding-bandingkan keupayaannnya dengan orang lain. Ia juga sensitif terhadap perasaan orang lain, apatah lagi meluahkan perasaan kepada orang lain. Mereka juga tidak mahu orang terlalu bergantung kepada diri mereka. 




PERSONALITI 'PENCINTA'
Secara amnya, orang yang berpersonaliti Pencinta menitikberatkan imej dan status. Oleh itu, jenis personaliti ini sering bertukar-tukar identiti dan terikut-ikut dengan pandangan orang lain. Mereka mahu  diterima oleh orang ramai sebagai sebahagian daripada masyarakat. Justeru mereka mahukan tumpuan, pengiktirafan dan menjadi seorang yang penting dalam sesebuah komuniti. Ini mendorong mereka untuk bersaing menjadi yang terbaik.
        Mereka juga mampu menjadi pemimpin yang baik, bukan sahaja kerana sikap kompetitif, malah kerana mereka adalah orang yang sentitif. Personaliti pencinta mampu menunjukkan empati kepada orang lain dengan baik dan sangggup korbankan kepentingan diri. orang jenis ini juga berkeyakinan dan boleh melakukan beberapa kerja dalam satu masa. 
     Emosi personaliti pencinta sering tertumpu kepada mencari kebahagiaan hidup. Mereka membina kebahagiaan melalui sokongan orang di sekelililngnya. Kadangkala mereka memendam kehendak diri asalkan mereka disayangi dan diterima. Ini sering mengganggu fokus mereka apabila emosi menguasai diri. Malah, mereka cenderung mengambil keputusan yang dianggap popular.



PERSONALITI 'PENDAMAI'
Individu yang berpersonaliti pendamai adalah jenis orang yang suka kepada keadaan yang tenang dan damai. Oleh kerana kecenderungan mereka kepada ketenangan fikiran, mereka mudah menerima atau mengalah kepada kehendak orang lain. Personaliti pendamai juga jarang mengambil risiko yang besar. Mereka lebih gemar terus berada dalam zon selesa. 
  Personaliti pendamai tidak sukakan tekanan. Kadangkala mereka bertindak secera tidak bertanggungjawab, contohnya bertangguh-tangguh dalam kerja. Ini kerana mereka sukar menentukan keutamaan. Mereka juga menghadapi kesukaran membuat keputusan dan sering lari dari masalah. Oleh itu, mereka memerlukan peraturan atau arahan kerja yang terperinci iaitu langkah demi langkah.
    Orang jenis pendamai adalah orang yang kuat bekerja. Mereka bermotivasi tinggi dan kompetitif . Mereka juga fokus dalam membuat sesuatu. Ini menjadikan mereka seolah-olah 'perfectionist'. Mereka sanggup mengkritik orang lain semata-mata mahu menutup kelemahan diri. Personaliti pendamai selalu cakap besar dan suka mnegarah. Namun, dalam keadaan tertentu, mereka akan mengelak daripada berkonflik.
      Setiap jenis personaliti mempunyai sifat yang sama. Namun, ada sesetengah sifat lebih menonjol dari yang lain. Cara sifat-sifat ini menonjolkan diri juga berbeza-beza dalam setiap jenis personaliti. Sebagai contohnya, orang yang berpersonaliti pemikir mempunyai sifat cemburu sepertimana orang berpersonaliti pencinta. Namun cemburu pemikir lebih kepada untuk memiliki pengetahuan dan kemahiran manakala cemburu pencinta lebih kepada kasih sayang orang lain. 
      

No comments:

Post a Comment