Tuesday 30 October 2012

Mengapa, Kenapa, dan Bagaimana Klien Bermasalah Wujud?

Masalah yang wujud dalam diri biasanya timbul disebabkan oleh diri sendiri ataupun orang lain di sekeliling kita. Kita tidak dapat lari daripada masalah walaupun tidak menginginkan masalah itu datang kepada kita. Menurut Ahmad Zaidi Abdul Razak (2004), terdapat beberapa keadaan yang menjelaskan mengapa dan bagaimana klien bermasalah wujud. Antaranya adalah :

Malas berfikir
Apabila sikap malas berfikir menguasai diri, ia menyebabkan kita mengikut orang lain ataupun  melakukan secara membuta tuli. Lama-kelamaan, ia membawa maslah kepada diri serta orang lain

Helah bela diri
Helah bela diri bermaksud sikap takut menerima sebarang tanggungjawab dengan menyediakan pelbagai alas an bagi melepaskan diri daripada tanggungjawab itu. Individu juga hilang keyakinan diri dan cuba menghindari diri daripada bercampur dengan orang lain kerana takut dikritik. Keadaan ini menjadi masalah kerana mereka tidak menerima orang lian dan bantuan orang lain.

Suka meremehkan sesuatu
Sikap suka meremehkan sesuatu tidak menguntungkan individu. Apabila situasi sebegini berlaku. Ia bukan sahaja membawa masalah kepada orang lain, malah pada diri sendiri. Ia dianggap sebagai golongan bermasalah oleh orang lian dan mereka menjauhi diri daripadanya.

 Berdukacita dan kecewa.
Individu sering mengikatkan dirinya dengan kenangan lampau yang memedihkan perasaan. Ini menyebabkan mereka sentiasa berada dalam suasana sedih, bimbang dan hidup tanpa haluan.  Klien ini memerlukan  bantuan kaunselor  supaya dapat bangun semula dan memulakan kehidupan baru dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment