Friday 23 November 2012

Pengurusan Masa
















“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran..”

Maksud Surah Al Asr

Sesaat anda dilahirkan hinggalah saat anda dikebumikan, kita semua sentiasa dalam perlumbaan. Berlumpa dengan siapa? itulah.. MASA.
Pernah dengar ? Masa itu ibarat pedang... Kalau anda tidak memotongnya, andalah yang akan dipotong.

Sama-sama kita praktikkan.. sebab saya pun merupakan seorang penuntut dan mmg kena pada tempat dan masanya.

Strategi pengurusan masa yang berkesan membantu pelajar meningkatkan produktiviti dengan memperkemas aktiviti belajar, riadah, menyiapkan kerja rumah dan mengemaskini tugasan. Panduan berkesan dalam melaksanakan strategi ini ialah:

1. Menangguhkan seketika kerja yang tidak penting
Bukan semua menangguh kerja itu tidak baik tetapi anda perlu bijak mengenal pasti beberapa tugasan yang penting dan perlu diberi keutamaan.
contohnya jika anda merancang ke rumah kawan untuk bersembang atau meminjam buku, masa berkenaan boleh digunakan untuk melaksanakan tugasan sekolah dan kunjungan itu boleh dilakukan pada masa lain.

2. Tanya soalan
Ada ketikanya, tidak tahu hendak memulakan sesuatu kerja. Pemikiran bercelaru. Ketika inilah anda perlu bertanya kepada diri sendiri. "Apakah perkara yang paling penting patut dilakukan sekarang?".
apakah perkara atau kerja yang masih belum disermpurnakan. Apakah masih ada kerja rumah yang belum disiapkan. Adakah saya sudah membaca buku untuk persiapan ujian minggu hadapan?" Soalan sedemikian dapat membantu anda mengenal pasti tugas yang belum selesai dan perkara penting untuk dilaksanakan.

3. Hindarkan daripada melakukan semua perkara
Terdapat pelajar cenderung melaksanakan semua tugasan dan kerja yang ada. Memang benar sekiranya kerja anda siap pastinya akan rasa lega. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa jika beban kerja melebihi kemampuan, hasilnya tidak berkesan. Anda sendiri tidak berpuas hati dengan hasil yang tidak berkualiti. Hasil kerja yang baik datangnya daripada usaha yang teliti dan fokus.


4. Kenal pasti tenaga yang ada dalam diri anda
Sepanjang hari, anda tidak akan bertenaga sepenuhnya. Adakalanya akan berasa letih selepas seharian di sekolah. Apabila and sedang bertenaga, banyak aktiviti dapat dijayakan. Bagi memastikan tenaga anda dioptimumkan. Pastikan tugasan penting dilaksanakan ketika anda berada dalam keadaan benar-benar bertenaga dan bersemangat. Jika keadaan sudah menjadi lemah, lakukan perkara mudah seperti membaca bahan bacaan ringan atau melakukan riadah.

No comments:

Post a Comment