Friday 16 November 2012

Konsep Dalam Teori Psikoanalitik

Tiga jenis kesedaran

1. Alam sedar

Alam sedar merujuk kepada keadaan kita berasa dalam keadaan sedar. Ia berpotensi pada permukaan personaliti individu.

2. Alam prasedar
Alam prasedar megandungi pengalaman di bawah sedar tetapi boleh menjadi sedar dengan sedikit usaha. Alam prasedar wujud di bawah permukaan alam sedar.

3. Alam bawah sedar
Alam bawah sedar beroperasi pada peringkat personaliti paling bawah. Ia mangandungi pengalaman dan memori yang tidak disedari kewujudannya. Ini kerana apabila membawanya kealam sedar,ia melibatkan kesakitan kebimbangan. Ia juga dapat mengganggu tingkah laku rasional secara berterusan. 

Desakan-desakan  dalam personaliti

1. Naluri hidup
Setiap orang mempunyai desakan naluri meneruskan hidup. Ia juga dikenali sebagai eros. Tenaga yang dikaitkan dengan naluri dinamakan libido. Libido sebagai psikik dan perasaan seronok yang dikaitkan dengan kepuasan naluri hidup. 
2. Naluri kematian
Semua kehidupan diakihiri dengan kematian. Ia bermakna manusia berusaha kembali kepada keadaan seimbang sebelum hidup. Hasil utama bagi naluri kematian adalah agresif iaitu individu cuba memusnahkan orang lain ataupun dirinya sendiri. Ia dikenali sebagai Thanatos. Desakan naluri ini perlu dikawal oleh manusia supaya tidak keterlaluan sehingga membawa kemudaratan kepada manusia. 

Struktur personaliti

1. Id
Id adalah aspek personaliti asal. Ia datang daripada biologi individu, mengandungi seksual di bawah sedar dan naluri agresif. Ia beroperasi berdasarkan prinsip reality. Ia berkembang bagi memenuhi kehendak id. Pada masa yang sama, ia berfungsi memeriksa desakan id sehingga objek yang sesuai ditemui.

2. Ego
Ego pula adalah penggerak personality manusia. Ia adalah penengah antara id dan superego.

3. Superego
Superego adalah pegangan moral yang menghalang kehendak id. Terdapat dua komponen utama dalam superego iaitu suara hati dan keunggulan ego. Suara hati didapati melelui pelaksanaan ganjaran. Tugas utama superego adalah menahan desakan id, memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral dan realistic serta berusaha mencapai kesempurnaan


Jenis kerisauan

1. Risaukan realiti ataupun objektif
Ia melibatkan rasa takut pada perkara yang dalam dunia sebenar. Ketakutan ini dapat menjadi ekstrem. Contohnya, individu takut keluar rumah kerana takut dilanggar oleh kereta. 

2. Kerisauan neurotik
Kerisauan ini bermula sejak kanak-kanak apabila berlaku konflik antara keperluan naluri dan reality. Kanak-kanak biasanya diberi hukuman apabila menunjukkan kelakuan agresif. Ketakutan ini bukan naluri, tetapi kesan perbuatan memenuhi kehendak id. 

3. Kerisauan moral
Kerisauan jenis ini terhasil daripada konflik antara id dan superego. Ia adalah ketakutan dalam gerak hati seseorang. Perasaan bersalah dan malu dalam kerisauan moral timbul daripada dalaman diri seseorang. Ia akan menimbulkan tekanan dalam diri seseorang dan  menjadi pendorong untuk melakukan sesuatu supaya tekanan dapat dikurangkan. 

No comments:

Post a Comment