Friday 16 November 2012

Konsep Teori Humanistik

Keperluan manusia dapat dijelaskan melalui beberapa konsep yang berkaitan dengan cara manusia mencapai keinginan masing-masing bagi memenuhi keperluan harian. Antara aspek penting dalam konsep ini adalah :

Kesempurnaan kendiri 

manusia mencapai kesempurnaan kendiri apabila peringkat sebelum ini iaiatu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri berjaya dicapai. Pada peringkat ini, manusia cenderung kepada agama dan mereka berpuas hati dengan kejayaan yang dimiliki.



    Hierarki keperluan manusia
    Dalam hierarki keperluan manusia Maslow,ia terbahagi kepada 5 peringkat utama . ia jelas menunjukkan manusia mempunyai keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi bagi mencapai matlamat hidup yang lebih bermakna. Terdapat beberapa ciri-ciri keperluan itu iaitu : 


    • Keperluan paling asas dalam hierarki perlu dipenuhi dahulu.
    • Keperluan yang lebih tinggi muncul kemudian semasa manusia melalui proses perkembangan. Keperluan fisiologi dan keselamatan muncul semasa masih bayi. Keperluan kasih sayang dan rasa harga diri muncul semasa remaja dan keperluan untuk sempurna diri muncul semasa pertengahan umur.
    • Gagal memenuhi keperluan yang lebih tinggi tidak membawa kepeda krisis. Oleh sebab itu, keperluan yang lebih rendah dinamakan keperluan asas.
    • Keperluan yang lebih tinggi menyumbang kepada perkembangan diri. Ia boleh menjadi faktor meningkatnya tahap kesihatan, kebahagiaan dan hidup lebih lama. Oleh itu, ia dinamakan keperluan perkembangan.
    • Setiap peringkat keperluan  tidak perlu dipenuhi sepenuhnya dengan sempurna sebelum keperluan seterusnya menjadi penting.

    Keperluan asas
    Keperluan asas manusia adalah keperluan yang penting dalam krhidupan manusia. Dalam hierarki keperluan Maslow, peringkat bawah adalah keperluan paling penting bagi manusia. Keperluan asas manusia terdiri daripada lima peringkat iaitu :
    • Keperluan fisiologi. Ia termasuk makan, minum, oksigen, dan membuang najis. Apabila keperluan untuk makan tidak dipenuhi, keperluan yang lain diabaikan.
    • Keperluan keselamatan. Keperluan ini timbul apabila keperluan fisiologi dipenuhi . ia merangkumi keperluan untuk rasa selamat, perlindungan,bebas daripada rasa takut dan kebimbangan.
    • Keperluan menyayangi dan disayangi. Semua manusia mahu rasa dihargai dan diterima orang lain. Terdapat dua jenis kasih sayang iaitu D- Love (deficiency-love) dan B-love(being-love). D-love ialah individu lebih mementingkan diri sendiri daripada member kasih sayang kepada orang lain. B-love ialah individu lebih mengambil berat, memberi kasih sayang kepada orang lain daripada menerima kasih sayang daripada orang lain bagi memenuhi kepuasan sendiri.
    • Keperluan penghargaan diri. Rasa harga diri terbahagi kepada dua jenis iaitu rasa hormat kepada diri sendiri dalam aspek persaingan dan cuba mendapat penghargaan daripada orang lain lagi menndapatkan status dominan dan kepentingan tertentu. 
    • Keperluan kesempirnaan kendiri. Apabila keperluan asas dipenuhi, keperluan kesempurna kendiri dan perkembangan lebih ketara. Manusia mencari matlamat hidup dan berusaha kearah sempurna kendiri dalam potensi diri yang unik yang dapat pada mereka.  Usaha kearah kesempurnaan kendiri bergantung kepada persekitaran yang baik termasuk proses sosialisasi bersama dengan rasa hormat dan sokongan daripada orang lain. 

    No comments:

    Post a Comment