Friday, 28 September 2012

Kepentingan Kaunseling



Melalui proses kaunseling, terdapat beberapa implikasi yang dapat diperoleh. Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Perhubungan Awam menyatakan empat implikasi kaunseling, iaitu :


~       Menggalakkan celik akal

  • Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri ( menyelami diri dan persekitaran ).
  • Membantu klien mengenali dirinya dalah kunci kepada masalah yang dihadapi.
Proses celik akal

~      Memberi sokongan
  • Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
Saling memberi sokongan

~     Penyelesaian konflik
  • Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak).
  • Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan bagi mencapai penyelesaian yang menguntungkan.

Berlaku konflik



~     Membuat keputusan
  • Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah membuat keputusan.
  • Kaunselor dapat mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil.


Mencari jalan untuk membuat keputusan




Tujuan Kaunseling



Para profesional dalam bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat berbeza mengenai kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses adalah apa yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses adalah dengan terus melibatkan klien dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju yang klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lajut. Bagi mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal adalah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka tidak perlu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling itu.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan dan perkembangan yang dialami klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Antara konsep yang diutamakan adalah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya, dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir adalah persoalan yang dihadapi manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan adalah tujuan setiap manusia yang ingin hidup lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya, bergerak dan dinamik.

Lima tujuan kaunseling :
  • Menolong mengubah tingkah laku klien.
  • Menambahkan kemahiran klein mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau bimbang dan ragu-ragu mengenai dirinya.
  • Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu perlu dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi pelbagai risiko akibat keputusan itu.
  • Memperbaiki hubungan antara klien dengnan masyarakat. Ramai menghadapi masalah terutama dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Maslah ini mempunyai hubungan rapat dengan konsep kendiri, sama ada yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya, dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan hidup individu.
  • Membantu perkembangkan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya.


Sedia dalam menolong klien

( Buku Teori & Amalan Kaunseling oleh Baharom Mohamad & Ilyas Hasyim )




Tuesday, 25 September 2012

Ciri-ciri Kaunselor yang Effektif



Corey (2001) menjelaskan kaunselor yang efektif perlumempunyai cirri-ciri seperti di bawah;

  • Mempunyai kesedaran kendiri - Kaunselor sepatutnya berterusan membentuk kesedaran nilai dan perasaan untuk terus berkembang
  • Mempunyai minat - Kaunselor yang efektif menunjukkan minat dengan perkara-perkarayang berlaku dan juga pengetahuan mengenai budaya lain
  • Pengetahuan dan kemahiran - Dalam usaha menjadi kaunselor yang efektif, kaunselor perlu bersediauntuk mengaplikasikan teori psikologikal dan latihan dalam dirimereka. Kaunselor mesti mengintegrasi kecekapan pelbagai budayayang ada dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran.
Gibson and Mitchell (2003) menjelaskan keberkesanan seorangkaunselor dan kaunseling bergantung kepada beberapa faktor termasuk

  • Personaliti dan latar belakang kaunselor
  • Pendidikan formal yang diterima oleh kaunselor 
  • Kebolehan kaunselor untuk melibatkan diri dengan aktiviti kaunseling yang bersifat profesional seperti pendidikan berterusan, penyeliaan dan perundingan.
Sementara itu, Patterson & Welfel (2000) menjelaskan ciri-ciri kaunselor yang efektif sebagai mempunyai kestabilan, bersifatharmoni dan mempunyai tujuan. Personaliti kaunselor adalah pentingselain daripada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran ataupunteknik (Cavanagh, 1990). Pendidikan sahaja tidak mampu untuk mengubah ciri-ciri individu.

Seorang kaunselor yang efektif akan berkembang sebagaiseorang individu dan membantu individu lain untuk berkembang.Dengan erti kata lain, kaunselor yang efektif adalah sensitif kepadadiri mereka dan orang lain. Kaunselor yang efektif juga memantausikap diri, mendengar, bertanya dan meneroka perbezaan budaya danetnik dalam cara yang terbuka dan positif (Ford, Harris, & Schurger,1993).


Zainal Abidin Ahmad dan Wan Abdul Kader Wan Ahmad(2004) menggariskan ciri-ciri kaunselor yang efektif seperti di bawah:-


  • Kepercayaan bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga
  • Kepercayaan bahawa kliennya berkeupayaan untuk berubah
  • Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efektif  berfungsi.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang terbatas perfungsiannya
  • Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam prosesinterpersonal
  • Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.






Kaunseling


Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.