Saturday 1 December 2012

Konsep Kaunseling Islam

Dalam abad ke-20, hubungan antara dunia keagamaan dan kaunseling diselubungi oleh perasaan antagonism dan konflik. Berdasarkan tulisan Sigmund Freud dan pandangan terhadap agama sebagai satu illusory wish fulfillment (Freud, 1920) kepada pandangan kontemporary yang dikaitkan dengan gangguan emosi, pemikiran dan tidak rasional, inflesibiliti dan intolerence (Ellis, 1980). Kebanyakkan pengamal melihat agama dan kepercayaan sebagai tidak berfaedah kepada klien. 
     Pada pandangan tersebut, tidak menjadi masalah sekiranya kaunseling adalah value-free enterprise yang menjadi kepercayaan pada tahun 1960s, (Miranti& Burke,1992). Kaunselor yang mengamalkan value-free therapy tidak perlu risau sekiranya nilai dirinya mempengaruhi proses terapeutik kaunselor boleh bergantung kepada kaedah dan teknik pendekatan teraputik untuk mendapatkan hasil yang baik. 
     Pandangan tersebut mungkin sesuatu yang menarik. Namun a wealth of literature yang dihasilkan dalam 10 tahun terakhir mencadangkan bahawa kaunseling adalah satu konsep yang value-free adalah sesuatu yang dianggap tidak bersesuaian lagi. pandangan pada Bergen (1980), Kelly (1990) bukan sahaja kaunseling didapati mengandungi  nilai-nilai tetapi kaunselor do not remain value-free in counselling despite their intentions. Beberapa kajian menunjukkan klien mengadaptasi nilai yang ada pada kaunseling.
    Nilai memunyai pelbagai fungsi, pertama ia mendasari pemilihan teknik-teknik kaunselor (patterson, 1989), ia juga mendasari pembuatan keputusan berkaitan dengan rawatan. Ia juga langkah di mana rawatan yang berjaya boleh diukur, dan juga regulasi struktur dan ini kandungan sesi teraputik (Bergin, 1980). Ia juga merupakan pusat utama kepada apa yang dikenali sebagai suffering, yang perlu dirawat dalam kaunseling dan juga pilihan untuk membantu individu lain. 
     Kenyataan tersebut telah meletakkan pegangan nilai merupakan aspek penting yang merupakan antara elemen di dalam mewujudkan suasana teraputik dalam proses bimbingan di samping mendasari pembuatan keputusan berkaitan dengan rawatan.
    Kaunseling dalam Islam telah meletakkan pengertian dan kedudukannya yang tersendiri. Nilai-nilai di dalam syariat Islamyang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah merupakan pegangan utama di dalam melakukan proses bimbingan dan kaunseling. Islam melihat persoalan kaunseling bukanlah sekadar proses memberikan pertolongan atau bantuan kepada individu-individu dalam menyesuaikan diri dan menghadapi masalah-masalah semasa, tetapi lebih merujuk kepada pemahaman individu-individu tersebut terhadap diri dalam hubungan dengan PenciptaNya. 
     Pada pandangan Islam, manusia perlu dibangunkan selaras dengan  kedudukan dan tujuan penciptaannya. Begitu juga kepada penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi. Ianya hendaklah merujuk kepada petunjuk-petunjuk yang telah disediakan oleh Maha Pencipta manusia di dalamal-Quran dan al-Sunnah. Ini adalah selaras dengan matlamat Islam itu unutk membawa manusia ke arah kebenaran hakiki (al-Haq) dan kemenangan yang abadi (al-Falah) serta menghindarkan diri dari kerugian yang hakiki (al-khusran) di dalam kehidupan di dunia dan Akhirat.
     Kamal AbdMnaf (1995) menyatakan bahawa Hassan (1983) dalam membicarakan aspek Bimbingan dan Kaunseling Islam adalah  sebagai proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) antara seseorang yang pakar dalam psikologi kaunseling (kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunseling itu (klien). Teknik dan kaedah teknikal dan profesional digunakan bertujuan menolong klien untuk menyelesaikan masalahnya dan menghadapi masalah-masalah itu dengan kaedah-kaedah penyesuaian yang langsung,menolongnya memahami dirinya, memahami kebolehannya, serta menggalakkan menerima takdir yang diberikan oleh Allah. 
     Kaedah ini juga melatih membuat keputusan-keputusan berpandukan kepada syariat Allah SWT. Ia juga meletakkan diri klien tujuan-tujuan yang realistik dan halal,menggunakan kebolehan-kebolehan sejauh yang mampu dan berguna bagi dirinya serta orang lain sehingga dia dapat aktualisasi dirinya dalam mengerjakan apa yang diredhainya oleh Allah SWT sehingga ia dapat menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat..
    Tegasnya, kaunseling di dalam perspektif Islam telah menjadikan syariat Islam sebagai pegangan nilai di dalam melaksanakan proses membantu. Tujuan kaunseling Islam bukan sekadar kesejahteraan klien, akan tetapi kesejahteraan masyarakat, bukan juga untuk kebahagiaan di dunia akan tetapi ke Hari Akhirat.

No comments:

Post a Comment