Thursday, 15 November 2012

Hati Seorang Wanita


SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan . 

Ujian Pers0naliti

Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.


                                        


Jawapan:
Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)


1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

Friday, 9 November 2012

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Izinkan Aku Mencintai-Mu semampuku


Tuhanku
aku mula belajar mencintaiMu sejak kecilku
melalui asuhan ayah dan ibu
melalui madah Tuan Guru
lembaran wahyuMU kupelajari
sabda nabiMU kuhayati
masih terpahat dalam ingatan.

Tuhanku
aku tidak mampu mencintaiMU seperi Saidina Abu Bakar
Sanggup menyerahkan seluruh hartanya
atau seperti Saidina Omar
Yang menyerahkan separuh hartanya
demi mencari keredhaanMU
izinkan aku mencintaiMu
melalui amalku yang singkat
dan sedekahku yang sedikit.

Tuhanku
aku tidak mampu mencintaiMU
melalui solat yang kusyuk
Seperti Saidina Ali
Tidak Berasa sakit
walau panah menembusi kaki
zinkan aku mencintaiMU
melalui solat yang kulakukan dalam waktu yang terbatas

Tuhanku
Izinkan aku mencintaiMU
dengan mencintai isteri dan anak-anakku
saudara-saudaraku
sahabat-sahabatku
dan orang-orang alim di kalangan kami.

Tuhanku
Izinkan aku mencintaiMU semampuku
betapa kerdilnya diri inI
di sisi kebesaranMU.

Tuesday, 30 October 2012

Program 'Fight For Future'

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dengan rendah diri saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dan kawan-kawan berjaya mengadakan program ‘Fight For Future’ selama 3 hari 2 malam bertempat di Sekolah Agama Menengah Parit Baru, Sabak Bernam. Rahmat dan kasih sayang-Nya memudahkan dan mengizinkan saya dan kawan-kawan mengadakan program di sekolah tersebut walaupun pada awalnya terdapat pelbagai halangan.
      Penulisan saya pada kali ini bertujuan untuk menceritakan perjalanan program kami di SAMPB secara ringkas. Saya dan kawan-kawan diterima baik oleh warga SAMPB tidak kira pengetua, GPK HEM, kaunselor, tukang sapu, pak Guard, makcik kantin dan tidak lupa adik-adik Tingkatan 3.
    Program kali ini agak mencabar kerana kami berlima perlu mengendalikan 12o lebih pelajar. Pada awalnya, dalam hati saya berkata “ mampukah aku?”. Tetapi setelah sampai kesana, semangat untuk mengenali adik-adik sampb semakin membara dan Alhamdulillah semangat kami teguh. Walaupun dalam keadaan letih, kami tetap meneruskan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan kami berjaya buktikan bahawasanya kami hebat walaupun kami hanya berlima dan tiada fasilitator tambahan. Alhamdulillah, kamilah yang bertindak sebagai akak fasilitator, kami juga yang menjadi juru kamera, kami yang menjadi peserta dan kami juga yang menjadi pembimbingg adik-adik sampb.
      Pengalaman yang amat menyeronokkan apabila program yang diadadakan mendapat sambutan daripada seluruh warga sekolah dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kesudian mengadakan program terhadap pelajar lepasan pmr. Adik-adik sampb amat berharap program seterusnya akan menyusul untuk sekolah mereka.
     Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada warga SAMPB kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama yang padu. Pengalaman yang baru diperolehi dan segala kekurangan, insya Allah akan diperbaiki dan akan membuat penambaikan. Insya Allah. 

Teori Pemusatan Individu

Teori pemusatan klien dipelopori oleh Carl Roger. Ia berkaitan dengan personality manusia yang dibentuk sejak dari kecil. Menurut teori ini, manusia mampu memperbaiki diri sendiri bagi mencapai matlamat dalam hidup. Dalam teori ini, beliau percaya manusia adalah makhluk rasional yang mempunyai kesedaran. Beliau juga menekankan pengalaman pada masa sekarang lebih penting daripada pengalaman lepas. Oleh itu, kaunselor perlu memfokuskan pada perasaan klien pada masa sekarang walaupun isu yang dibincangkan adalah perkara lepas.

Tahap Perkembangan
Terdapat beberapa tahap perkembangan yang dikemukakan oleh Rogers bagi menjelaskan lagi keadaan manusia mengikut situasi yang ditetapkan. Antaranya ialah :

Kecenderungan kesempurnaan.
Manusia didorong oleh kecenderungan mempertahankan dan meningkatkan kendiri. Ia merangkumi keperluan psikologi dan fisiologi. Kita menilai pengalaman dengan melihat cara ia menepati kecenderungan kesempurnaan.

 Anggapan positif
Keperluan anggapan positif adalah universal dan berpanjangan. Ia termasuk kasih sayang dan penerimaan orang lain terutamanya ibu semasa masih bayi.

Anggapan positif tanpa syarat
Individu merasakan dirinya diterima ataupun tidak bukan bergantung pada apa-apa prasyarat.

Anggapan kendiri positif
Biasanya, anggapan positif datang daripada diri sendiri dan tingkah laku orang lain.

 Keadaan yang bernilai
Ia berkembang daripada proses anggapan positif kepada anggapan kendiri positif. Individu hanya menunjukkan tingkah laku yang disukai oeh orang lain.

 Kemurungan
Kemurungan adalah keadaan yang tidak kongruen perkembangan antara konsep kendiri dan persekitaran. Keadaan ini  berlaku apabila wujud ketidaksamaan antara kendiri yang dipersepsi dengan kendiri sebenar dan menyebabkan kebimbangan berlaku.

Teori Behaviorisme

Teori ini dipelopori oleh B.F. Skinner yang berkaitan dengan proses pembelajaran. Individu sentiasa mengambil tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses pembelajaran. Tingkah laku adalah perkara yang dipelajari. Operasi ini dipengaruhi oleh kesan positif ataupun negatif. Teori behaviorisme dikaitkan dengan ransangan dan kelaziman iaitu perkara yang dipelajari ataupun semulajadi. Kebanyakannya tingkah laku berlakuu spontan dan dengan sengaja bertindak balas pada persekitaran. Ia dinamakan tingkah laku operan. Ia bergantung pada peneguhan yang ada selepasnya. Ia bertindak ke atas persekitaran dan mengubahnya.

Tahap Perkembangan
Terdapat beberapa tahap perkembangan dalam Teori Behaviorisme yang dikemukakan oleh Skinner iaitu :

  Jadual jeda masa yang tetap
Peneguhan diberi pada masa yang ditetapkan. Prsoses pengukuhan tidak mempunyai kaiatn dengan bilangan gerak balas yang berlaku. Skinner mendapati, lebih pendek masa pengukuhan, lebih kuat frekuensi berlakunya gerak.

Peneguhan berjadual mengikut nisbah
Pengukuhan hanya dapat diberi selepas beberapa gerak balas yang dilakukan. Pengukuhan di sisni bergantung pada kekerapan subjek member respons.

Jadual masa tidak tetap
Pengukuhan mungkin muncul selepas dua jam dalam masa pertama. Contohnya, individu yang memancing sepanjang hari mendapat ikan dalam masa yang tidak menentu bergantungg pada jumlah ikan yang memakan umpannya.

Jadual nisbah tidak tetap
Ia berasaskan purata bilangan respons antara punca pengukuhan. Ia berkesan memberikan respons yang tinggi dan stabil seperti yang berlaku di kasino judi.