Tuesday, 30 October 2012

Program 'Fight For Future'

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dengan rendah diri saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dan kawan-kawan berjaya mengadakan program ‘Fight For Future’ selama 3 hari 2 malam bertempat di Sekolah Agama Menengah Parit Baru, Sabak Bernam. Rahmat dan kasih sayang-Nya memudahkan dan mengizinkan saya dan kawan-kawan mengadakan program di sekolah tersebut walaupun pada awalnya terdapat pelbagai halangan.
      Penulisan saya pada kali ini bertujuan untuk menceritakan perjalanan program kami di SAMPB secara ringkas. Saya dan kawan-kawan diterima baik oleh warga SAMPB tidak kira pengetua, GPK HEM, kaunselor, tukang sapu, pak Guard, makcik kantin dan tidak lupa adik-adik Tingkatan 3.
    Program kali ini agak mencabar kerana kami berlima perlu mengendalikan 12o lebih pelajar. Pada awalnya, dalam hati saya berkata “ mampukah aku?”. Tetapi setelah sampai kesana, semangat untuk mengenali adik-adik sampb semakin membara dan Alhamdulillah semangat kami teguh. Walaupun dalam keadaan letih, kami tetap meneruskan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan kami berjaya buktikan bahawasanya kami hebat walaupun kami hanya berlima dan tiada fasilitator tambahan. Alhamdulillah, kamilah yang bertindak sebagai akak fasilitator, kami juga yang menjadi juru kamera, kami yang menjadi peserta dan kami juga yang menjadi pembimbingg adik-adik sampb.
      Pengalaman yang amat menyeronokkan apabila program yang diadadakan mendapat sambutan daripada seluruh warga sekolah dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kesudian mengadakan program terhadap pelajar lepasan pmr. Adik-adik sampb amat berharap program seterusnya akan menyusul untuk sekolah mereka.
     Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada warga SAMPB kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama yang padu. Pengalaman yang baru diperolehi dan segala kekurangan, insya Allah akan diperbaiki dan akan membuat penambaikan. Insya Allah. 

Teori Pemusatan Individu

Teori pemusatan klien dipelopori oleh Carl Roger. Ia berkaitan dengan personality manusia yang dibentuk sejak dari kecil. Menurut teori ini, manusia mampu memperbaiki diri sendiri bagi mencapai matlamat dalam hidup. Dalam teori ini, beliau percaya manusia adalah makhluk rasional yang mempunyai kesedaran. Beliau juga menekankan pengalaman pada masa sekarang lebih penting daripada pengalaman lepas. Oleh itu, kaunselor perlu memfokuskan pada perasaan klien pada masa sekarang walaupun isu yang dibincangkan adalah perkara lepas.

Tahap Perkembangan
Terdapat beberapa tahap perkembangan yang dikemukakan oleh Rogers bagi menjelaskan lagi keadaan manusia mengikut situasi yang ditetapkan. Antaranya ialah :

Kecenderungan kesempurnaan.
Manusia didorong oleh kecenderungan mempertahankan dan meningkatkan kendiri. Ia merangkumi keperluan psikologi dan fisiologi. Kita menilai pengalaman dengan melihat cara ia menepati kecenderungan kesempurnaan.

 Anggapan positif
Keperluan anggapan positif adalah universal dan berpanjangan. Ia termasuk kasih sayang dan penerimaan orang lain terutamanya ibu semasa masih bayi.

Anggapan positif tanpa syarat
Individu merasakan dirinya diterima ataupun tidak bukan bergantung pada apa-apa prasyarat.

Anggapan kendiri positif
Biasanya, anggapan positif datang daripada diri sendiri dan tingkah laku orang lain.

 Keadaan yang bernilai
Ia berkembang daripada proses anggapan positif kepada anggapan kendiri positif. Individu hanya menunjukkan tingkah laku yang disukai oeh orang lain.

 Kemurungan
Kemurungan adalah keadaan yang tidak kongruen perkembangan antara konsep kendiri dan persekitaran. Keadaan ini  berlaku apabila wujud ketidaksamaan antara kendiri yang dipersepsi dengan kendiri sebenar dan menyebabkan kebimbangan berlaku.

Teori Behaviorisme

Teori ini dipelopori oleh B.F. Skinner yang berkaitan dengan proses pembelajaran. Individu sentiasa mengambil tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses pembelajaran. Tingkah laku adalah perkara yang dipelajari. Operasi ini dipengaruhi oleh kesan positif ataupun negatif. Teori behaviorisme dikaitkan dengan ransangan dan kelaziman iaitu perkara yang dipelajari ataupun semulajadi. Kebanyakannya tingkah laku berlakuu spontan dan dengan sengaja bertindak balas pada persekitaran. Ia dinamakan tingkah laku operan. Ia bergantung pada peneguhan yang ada selepasnya. Ia bertindak ke atas persekitaran dan mengubahnya.

Tahap Perkembangan
Terdapat beberapa tahap perkembangan dalam Teori Behaviorisme yang dikemukakan oleh Skinner iaitu :

  Jadual jeda masa yang tetap
Peneguhan diberi pada masa yang ditetapkan. Prsoses pengukuhan tidak mempunyai kaiatn dengan bilangan gerak balas yang berlaku. Skinner mendapati, lebih pendek masa pengukuhan, lebih kuat frekuensi berlakunya gerak.

Peneguhan berjadual mengikut nisbah
Pengukuhan hanya dapat diberi selepas beberapa gerak balas yang dilakukan. Pengukuhan di sisni bergantung pada kekerapan subjek member respons.

Jadual masa tidak tetap
Pengukuhan mungkin muncul selepas dua jam dalam masa pertama. Contohnya, individu yang memancing sepanjang hari mendapat ikan dalam masa yang tidak menentu bergantungg pada jumlah ikan yang memakan umpannya.

Jadual nisbah tidak tetap
Ia berasaskan purata bilangan respons antara punca pengukuhan. Ia berkesan memberikan respons yang tinggi dan stabil seperti yang berlaku di kasino judi.

Teori Psikososial

Teori psikososial dipelopori  oleh Erik Erikson. Beliau berpendapat, ego beroperasi dengan sendiri dan bebas daripada emosi dan motivasi id. Ego mentadbir dan membuat sintesis yang membantu manusia mengatasi konflik dalaman dan persekitaran. Psikologi ego menekankan integrasi antara desakan biologi dan psikososial bagi menentukan fungsi personaliti. Ia juga menekankan konteks interpersonal, budaya dan sejarah yang unik di mana manusia melalui krisis dalam proses perkembangan. Dalam teori ini, ia lebih menekankan krisi yang dihadapi oleh menusia pada setiap peringkat perkembangan manusia. Krisis itu perlu diatasi sebelum meneruskan ke peringkat seterusnya supaya tidak mengalami kecewa dalam hidup.

Tahap Perkembangan
Erikson percaya, tahap perkembangan manusia dipelopori oleh epigenetic di mana perkembangan berlaku dalam beberapa peringkat dan bersifat universal. Beliau lebih menekankan aspek perkembangan dan fungsi ego yang positif. Antara tahap perkembangan manusia adalah :

Percaya vs tidak percaya
Ia lebih kepada ransangan zon mulut. Konsep trust (percaya) dan mistrust (tidak percaya)terbentuk bergantung pada teladan yang ditunjukkan oleh ibu.

Autonomi vs rasa bersalah
Perasaan autonomi dan kawalan kendiri terbentuk apabila ibu bapa memberi bimbingan kepada anak-anak. Anak-anak memiliki perasaan positif terhadap orang lain dan berasa bangga. Mereka mempunyai kehendak membuat keputusan sendiri.

Inisiatif vs daya usaha
Sifat inisiatif mula berkembang dan mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi berkenaan diri dan persekitarannya. Imaginasi mereka sangat aktif. Apabila kanak-kanak dihukum, mereka rasa bersalah.

 Industri vs rasa rendah diri
Kanak-kanak mempunyai sikap industri iaitu sibuk belajar cara menyempurnakan suatu tugas. Bahayanya pada peringkat ini adlah apabila kanak-kanak gagal mempelajari sesuatu dan akhirnya membnetuk perasaan inferior.

 Identiti diri vs lawan kekeliruan identiti
Ia berlaku pada peringkat umur antara umur 13 hingga 19 tahun. Biasanya, remaja menghadapi masalah krisis identiti. Krisis identiti timbul kerana keliru dengan peranan sebenar diri mereka. Remaja mudah menerima nilai-nilai yang dibawa oleh arus tidak kira positif mahupun negatif.

Rasa kasih sayang vs mengasingkan diri
Pada peringkat umur antara 20 hingga 24 tahun, golongan muda mula menjalinkan hubungan akrab dan mesra dengan orang lain. Mereka sudah mula mencari pasangan dan sanggup berkorban bagi mempertahankan hubungan itu.

Generativiti vs kekakuran
Peringkat ini berlaku daripada umur 25 hingga 64 tahun. Golongan dewasa yang mempunyai ego yang kuat dan hubungan yang matang dengan orang lain. Generativiti melibatkan proses meningkatkan karier yang priduktif dan mengambil berat kebajikan generasi akan datang.

Integriti ego vs sesalan
Peringkat ini bermula daripada usia 65 tahun hingga akhir hayat. Ini adalah masa individu selalu melakukan refleksi kendiri dimana individu mengenang kembali perkara yang pernah dilalui sepanjang hayat. Apabila mereka merasa berpuas hati, kesepaduan akan timbul. Jika sebaliknya, mereka mengalami sesalan hidup.

Mengapa, Kenapa, dan Bagaimana Klien Bermasalah Wujud?

Masalah yang wujud dalam diri biasanya timbul disebabkan oleh diri sendiri ataupun orang lain di sekeliling kita. Kita tidak dapat lari daripada masalah walaupun tidak menginginkan masalah itu datang kepada kita. Menurut Ahmad Zaidi Abdul Razak (2004), terdapat beberapa keadaan yang menjelaskan mengapa dan bagaimana klien bermasalah wujud. Antaranya adalah :

Malas berfikir
Apabila sikap malas berfikir menguasai diri, ia menyebabkan kita mengikut orang lain ataupun  melakukan secara membuta tuli. Lama-kelamaan, ia membawa maslah kepada diri serta orang lain

Helah bela diri
Helah bela diri bermaksud sikap takut menerima sebarang tanggungjawab dengan menyediakan pelbagai alas an bagi melepaskan diri daripada tanggungjawab itu. Individu juga hilang keyakinan diri dan cuba menghindari diri daripada bercampur dengan orang lain kerana takut dikritik. Keadaan ini menjadi masalah kerana mereka tidak menerima orang lian dan bantuan orang lain.

Suka meremehkan sesuatu
Sikap suka meremehkan sesuatu tidak menguntungkan individu. Apabila situasi sebegini berlaku. Ia bukan sahaja membawa masalah kepada orang lain, malah pada diri sendiri. Ia dianggap sebagai golongan bermasalah oleh orang lian dan mereka menjauhi diri daripadanya.

 Berdukacita dan kecewa.
Individu sering mengikatkan dirinya dengan kenangan lampau yang memedihkan perasaan. Ini menyebabkan mereka sentiasa berada dalam suasana sedih, bimbang dan hidup tanpa haluan.  Klien ini memerlukan  bantuan kaunselor  supaya dapat bangun semula dan memulakan kehidupan baru dalam hidupnya.

Ciri-ciri Manusia Bermasalah

Individu yang bermasalah menunjukkan cirri-ciri berlainan daripada orang biasa. Ini kerana, banyak daripada maslah kita ditunjukkan melalui ekspresi muka. Seperti mana yang dinyatakan, pepatah inggeris iaitu ‘ Face is the image of the soul’. Antara ciri-ciri manusia bermasalah yang dapat dikenalpastikan adalah seperti berikut :

Suka menyendiri
Manusia bermasalah lebih cenderung bersendirian daripada bergaul dengan orang lain. Ini kerana mereka menganggap orang lain tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dan tidak memahami dirinya. Adakalanya mereka rasa rendah diri memberitahu masalahnya kepada orang lain kerana rasa malu.

Terlalu emosi
Orang yang bermasalah juga terlalu emosi. Mereka mudah melenting atau cepat marah. Ini kerana mereka hilang kekuatan dan keyakinan diri. Oleh itu, apabila dimarahi mereka, cepat berasa sedih dan tersinggung.

 Tiada keyakinan diri
Manusia yang bermasalah selalunya hilang keyakinan diri. Mereka merasakan diri mereka  tidak berguna kerana tidaka dapat menyelesaikan masalah sendiri. Mereka takut mengambil keputusan sendiri kerana merasakan keputusan mereka itu tidak betul dan tidak dapat menyelesaikan masalah. Orang seperti ini selalunya memerlukan pembimbing bagi memulihkan keyakinan diri.

 Melakukan perkara yang melanggar undang-undang
Manusia yang bermasalah cenderung melanggar undang-undang. Mereka tidak dapat berfikir dengan waras apabila ditimpa masalah. Mereka merasakan segala masalah tidak dapat diselesaikan. Bagi menerangkan tekanan, mereka melepaskannya melalui cara lain.

Merosakkan harta benda awam
Merosakkan harta benda awam juga salah satu cirri manusia yang bermasalah. Meeka cenderung melakukan vandelisme kerana menganggap dengan cara itu dapat mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Melakukan penyelewengan seksual
Penyelewengan seksual berlaku apabila individu melakukan perbuatan homoseksual. Mak nyah, sumbang mahram, dan sebagainya. Mereka dikatakan bermasalah kerana melakukan perkara yang dianggap tidak normal oleh masyarakat. Mereka berasa puas dengan tingkah laku mereka dan mahu mendapat persetujuan orang lain. 

Mengapa Manusia Bermasalah

Tidak ada seorang pun di kalangan kita yang sukakan masalah. Namun, masalah yang timbul bukan atas kehendak dirinya sendiri. Kadang kala disebabkan oleh faktor persekitaran yang menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan masalah manusia sendiri yang mencipta masalah. Individu yang Berjaya mencipta penyelesaian menerima habuan daripada kejayaan itu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan individu bermaslah. Antaranya adalah :
Gangguan emosi
Gangguan emosi boleh berlaku apabila individu itu terlalu memikirkan masalah ataupun peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Keadaan inimneyebabkan individu bermaslah dan memerlukan bimbingan.

Kehendak tidak tercapai
Masalah timbul apabila kehendak diri tidak dapat dipenuhi atau tercapai. Ini kerana individu cuba berfikir cara bagi memenuhi kehendak-kehendak mereka sehingga menjadikannya masalaha dalam hidup.

 Kurang kasih sayang
Kasih saying daripada ibu bapa amat penting bagi anak mereka. Kurang kasih saying dan perhatian menyebabkan konflik dalam diri anak yang akhirnya menimbulkan masalah dalam diri. Mereka tidak ceria dan mengalami kemurungan.

Terlalu rendah diri
Menurut psikologi, seseorang yang dilahirkan dengan kekurangan tertentu yang membawa kepada perasaan rendah diri. Perasaan inferior ini bukan dianggap sebagai kelemahan atau kekurangan tetapi aspek yang membawa kepeda perkembangan individu itu. Namun, ia adalah masalah bagi individu itu.

 Terlalu memendam perasaan
Manusia yang terlalu memendam perasaan dikatakan mengalami masalah kerana mereka tidak gemar meluahkan perasaan kepada orang lain bagi meringankan beban yang ditanggung. Apabila individu itu menyimpan dan memendam perasaan, ia memakan diri sendiri. Individu sentiasa berasa resah dan tidak bermaya melakukan pekerjaan.,