Sunday, 21 October 2012
Jika Dia Terbaik Untukku
Izin aku menjauhinya demi kesuciannya..
menjaganya selalu dengan doa…
untuk tak melihatnya dengan rasa nafsu belaka..
Ya Allah Jika Ia Yang Terbaik Buatku..
semoga dia adalah lelaki Soleh..
Berbakti kepada ayah ibunya..
selalu menangis keranaMu Ya Robb..
dan pandai menjaga diri dengan doa-doa..
Ya Allah Jika Ia Yang Terbaik Buatku!
baikkanlah aku seperti kebaikannya…
sabarkanlah aku seperti kesabaran yang dimilikinya..
teguhkanlah niatku seperti niatnya Karena-Mu..
dan biarkan semua mengalir sederhana dan apa adanya..
Ya Allah Jika Ia Yang Terbaik Buatku!
pilihkan tempat yang tepat untuk kami Tuhan..
jauhkan kebodohan dari fikiran kami..
biarkan rasa ini terus ada walaupun dalam diam..
dan Jodohkanlah ia denganku atas Kehendak-Mu untuk bersujud pada-Mu
I Would Rather You Go..
How wonderful when we were together
Feel like in heaven
Thou art my inspiration light
Cure my sorrow
Until now i still haunt
When pulling love
do not force me to forget everything
Memories of our love
Once I lose you
Darkness my whole life
Without love and affection from you
I sank and sank in the ocean
sacred love
Let it go
For the sake of your happiness
I would rather be right with thee
Get away from me
Oh you understand is
My heart is hurt
Wait for me at the gates of heaven
only tears
Become a friend of my life
Jenis Personaliti
PERSONALITI 'PEMIKIR'
Secara amnya, orang yang mempunyai personaliti pemikir adalah seorang yang bertanggungjawab. Ia melihat dunia sebagai tempat yang penuh dengan cabaran. Manusia pemikir kurang keyakinan diri. Justeru, ia bergantung kepada orang lain bagi mendapatkan keyakinan diri. Justeru, ia bergantung kepada orang lain bagi mendapatkan keyakinan diri. Oleh kerana kekurangan itu, ia mengimbangi dirinya untuk berada setapak di hadapan orang lain melalui penguasaan terhadap pengetahuan atau informasi.
Personaliti pemikir adalah seorang yang introvert atau suka bersendirian. Seseorang dalam kategori ini sering risau. Kerana itu, ia sentiasa mahukan jaminan dengan membuat perancangan yang teliti. Ia juga mahu orang lain menghormati privasinya. Orang jenis ini amat berprinsip terutama apabila melibatkan soal integriti. Ia berani menyuarakan tentangan apabila prinsip dilanggar.
Personaliti pemikir paling tidak suka dibanding-bandingkan keupayaannnya dengan orang lain. Ia juga sensitif terhadap perasaan orang lain, apatah lagi meluahkan perasaan kepada orang lain. Mereka juga tidak mahu orang terlalu bergantung kepada diri mereka.
PERSONALITI 'PENCINTA'
Secara amnya, orang yang berpersonaliti Pencinta menitikberatkan imej dan status. Oleh itu, jenis personaliti ini sering bertukar-tukar identiti dan terikut-ikut dengan pandangan orang lain. Mereka mahu diterima oleh orang ramai sebagai sebahagian daripada masyarakat. Justeru mereka mahukan tumpuan, pengiktirafan dan menjadi seorang yang penting dalam sesebuah komuniti. Ini mendorong mereka untuk bersaing menjadi yang terbaik.
Mereka juga mampu menjadi pemimpin yang baik, bukan sahaja kerana sikap kompetitif, malah kerana mereka adalah orang yang sentitif. Personaliti pencinta mampu menunjukkan empati kepada orang lain dengan baik dan sangggup korbankan kepentingan diri. orang jenis ini juga berkeyakinan dan boleh melakukan beberapa kerja dalam satu masa.
Emosi personaliti pencinta sering tertumpu kepada mencari kebahagiaan hidup. Mereka membina kebahagiaan melalui sokongan orang di sekelililngnya. Kadangkala mereka memendam kehendak diri asalkan mereka disayangi dan diterima. Ini sering mengganggu fokus mereka apabila emosi menguasai diri. Malah, mereka cenderung mengambil keputusan yang dianggap popular.
PERSONALITI 'PENDAMAI'
Individu yang berpersonaliti pendamai adalah jenis orang yang suka kepada keadaan yang tenang dan damai. Oleh kerana kecenderungan mereka kepada ketenangan fikiran, mereka mudah menerima atau mengalah kepada kehendak orang lain. Personaliti pendamai juga jarang mengambil risiko yang besar. Mereka lebih gemar terus berada dalam zon selesa.
Personaliti pendamai tidak sukakan tekanan. Kadangkala mereka bertindak secera tidak bertanggungjawab, contohnya bertangguh-tangguh dalam kerja. Ini kerana mereka sukar menentukan keutamaan. Mereka juga menghadapi kesukaran membuat keputusan dan sering lari dari masalah. Oleh itu, mereka memerlukan peraturan atau arahan kerja yang terperinci iaitu langkah demi langkah.
Orang jenis pendamai adalah orang yang kuat bekerja. Mereka bermotivasi tinggi dan kompetitif . Mereka juga fokus dalam membuat sesuatu. Ini menjadikan mereka seolah-olah 'perfectionist'. Mereka sanggup mengkritik orang lain semata-mata mahu menutup kelemahan diri. Personaliti pendamai selalu cakap besar dan suka mnegarah. Namun, dalam keadaan tertentu, mereka akan mengelak daripada berkonflik.
Setiap jenis personaliti mempunyai sifat yang sama. Namun, ada sesetengah sifat lebih menonjol dari yang lain. Cara sifat-sifat ini menonjolkan diri juga berbeza-beza dalam setiap jenis personaliti. Sebagai contohnya, orang yang berpersonaliti pemikir mempunyai sifat cemburu sepertimana orang berpersonaliti pencinta. Namun cemburu pemikir lebih kepada untuk memiliki pengetahuan dan kemahiran manakala cemburu pencinta lebih kepada kasih sayang orang lain.
Saturday, 20 October 2012
Al-Ghazali: Perjalanan Mencari Hidayah
Imam Ghazali atau nama sebenarnya, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Ghazali dilahirkan di Tusia Khurasan. Ayah beliau seorang pemintal benang (al-ghazul). Oleh itu, beliau dikenali sebagai 'Al-Ghazali'. Usia mudanya digunakan bagi menimba ilmu daripada ulama-ulama yang terkenal dari serata pelosok negeri seperti Imam al-Haramain Juwaini. Imam Ghazali menunjukkan kecerdasan mindanya dengan menulis sebuah buku berjudul Al-Mankhul semasa masih menuntut dengan Imam Haramain.
Hasil kegigihan beliau, Imam Ghazali menjadi terkenal kerana ketinggian ilmunya. Fatwa dan pendapatnya menjadi rujukan para pemerintah. Ketika inilah nafsu terhadap pangkat dan harta menguasai diri Imam Ghazali. Oleh kerana kepetahannya berhujah, Ghazali bersikap sombong. Beliau sering merendah-rendahkan orang lain. Sikap kebanyakan ulama lain yang mendampingi pemerintah juga mengutamakan kedudukan berbanding kepentingan agama.
Keadaan ini menimbulkan kesedaran dalam hati Imam Ghazali bahawa kehidupan dunia mengaburi matanya. Lalu, beliau bertekad mahu memecilkan diri daripada masyarakat bagi membersikan jiwanya dari sikap cintakan dunia. Sekali lagi beliau mengembara bagi mematngkan fikirannya. Semasa beliau menjalani proses pembersihan jiwa, beliau mengarang kitab Ihya; Ulumuddin yang kemudiannya me jadi kitab rujukan bagi membersihkan jiwa.
Selepas Imam Ghazali berjaya membersihkan jiwanya dari sikap cintakan dunia, beliau kembali ke dalam masyarakat dan melakukan reformasi bagi menyelamatkan umat Islam daripada terus hanyut dibuai kemewahan dunia. Kaedah reformasi Imam Ghazali disandarkan kepada kenyataan Allah dalam Quran yang bermaksud, " Apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri." Justeru beliau lebih menumpukan kepada memperbaiki diri berbanding menyalahkan pengaruh luar.
Akhirnya Imam Ghazali bukan sahaja menjadi terkenal kerana kehebatan berhujah dan ketinggian ilmunya, malah kerana ketakwaan kepada Allah s.w.t..
Keajaiban Personaliti Umar al-Khattab
Umar lahir di Kota Mekah yang merupakan sebuah kota tumpuanbagi para pedagang. Beliau berasal daripada golongan kelas pertengahan. Walaupun pada ketika itu masyarakat Arab berada dalam zaman kegelapan, namun Umar adalah seorang yang berilmu pengetahuan. Dalam usia beliau yang masih dalam sekitar 20-an, Umar terkenal sebagai seorang pahlawan yang gagah berani.
Sebelum beliau memeluk Islamm, beliau pernah menanam anak perempuannya secara hidup-hidup kerana budaya masyarakat Arab ketika itu tidak senang dengan kelahiran anak perempuan. Ketika Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan ajaran Islam di Mekah, Umar adalah antara penentang yang paling kuat. Beliau bermati-matian mempertahankan ajaran batil turun-temurun kaum Quraisy.
Apabila beliaumengetahui adiknya sendiri memeluk Islam, beliau dengan segera pergi ke rumah adiknya bersama pedang yang terhunus. Pada hari itu ditakdirkan Umar yang gagah dapat dilembutkan dengan alunan beberapa potong ayat dari Quran., lantas menjadikan beliau pendokong Islam yang paling kuat. Sepanjang perjuangannya bersama Nabi Muhammad s.a.w., beliau terkenal sebagai seorang yang tegas dari segi mematuhi hukum-hukum Islam.
Apabila Umar dilantik menjadi khalifah Islam yang kedua, beliau berjaya memperluaskan empayar Islam dan mengatasi kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi. Sebagai ketua pemerintah sebuah empayar yang besar, Umar masih dengan cara hidup yang sederhana. Pernah pada satu ketika seorang kafir datang menghadap Umar dan terkejut apabila mengetahui khalifah sebuah empayar yang begitu besar hanya tinggal di dalam rumah yang sederhana.
Selaku khalifah, Umar tidak pernah mengambil wang sara hidup yang berlebihan daripada Baitulmal dan hanya mengambil sekadar keperluan minimumnya. Walaupun ada di kalangan sahabat yang mengatakan, sebagai pemimpin yang bekerja keras untuk negara, beliau layak menerima lebih, namun beliau tidak pernah melihat kedudukan beliau sebagai suatu kelebihan tetapi hanya sebagai satu amanah.
Sepanjang hayatnya selepas bergelar seorang Muslim, Umar terkenal sebagai seorang yang warak dan adil. Pernah satu ketika apabila beliau sedang mengagihkan wang Baitulmal, anak beliau yang mash kecil mengambil wang Baitulmal itu. Namun, Umar bertindak mengejar dan mengambil kembali satu dirham itu daripada anaknya kerana beliau tidak mahu keluarganya mengambil apa yang bukan hak mereka.
Begitulah karakter seorang pemimpin besar Islam. Daripda seorang yang sanggup membunuh kerana malu, beliau menjadi seorang tokoh yang bertakwa. Proses transformasi Umar bermula dari dalam jiwanya sebaik sahaj beliau menghayati bait-bait dalam al-Quran. Tingkat ketakwaan Umar semakin tinggi kerana beliau menghayati setiap suruhan yang datang daripada Allah dan Rasulnya. Maka, sudah pasti isi ajaran Islam itu adalah rahsia yang membentuk keperibadian Umar.
Islam adalah satu cara hidup yang mempunyai pakej lengkap. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti dalam bukunya Fiqh Al- Sirah mencatat, Islam berjaya mengeluarkan masyarakat Arab Jahiliah daripada cara hidup yang hina menjadi sebuah masyarakat yang bermaruah. Para cendikiawan menyifatkan dakwah Rasulullah di Semenanjung Arab sebagai '23 tahun yang ajaib dalam peradaban manusia'.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)