Sunday, 25 November 2012

Tanda-tanda Pengambilan Dadah


Tanda- Tanda dan Gejala
Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
� Berpeluh
� Meremang bulu roma
� Pening kepala
� Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi
� Keresahan
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Kerisauan
� Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan
� Sentiasa ponteng kerja
� Penurunan prestasi kerja
� Digantung atau dibuang sekolah
� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
� Mencuri

Faktor Risiko Penyalahgunaan Dadah


Faktor - Faktor Risiko
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:

� Faktor biologi
1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.

� Faktor psikososial
1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

� Faktor sosial
1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.

2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.

Definisi Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).


Friday, 23 November 2012

Pengurusan Masa
















“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran..”

Maksud Surah Al Asr

Sesaat anda dilahirkan hinggalah saat anda dikebumikan, kita semua sentiasa dalam perlumbaan. Berlumpa dengan siapa? itulah.. MASA.
Pernah dengar ? Masa itu ibarat pedang... Kalau anda tidak memotongnya, andalah yang akan dipotong.

Sama-sama kita praktikkan.. sebab saya pun merupakan seorang penuntut dan mmg kena pada tempat dan masanya.

Strategi pengurusan masa yang berkesan membantu pelajar meningkatkan produktiviti dengan memperkemas aktiviti belajar, riadah, menyiapkan kerja rumah dan mengemaskini tugasan. Panduan berkesan dalam melaksanakan strategi ini ialah:

1. Menangguhkan seketika kerja yang tidak penting
Bukan semua menangguh kerja itu tidak baik tetapi anda perlu bijak mengenal pasti beberapa tugasan yang penting dan perlu diberi keutamaan.
contohnya jika anda merancang ke rumah kawan untuk bersembang atau meminjam buku, masa berkenaan boleh digunakan untuk melaksanakan tugasan sekolah dan kunjungan itu boleh dilakukan pada masa lain.

2. Tanya soalan
Ada ketikanya, tidak tahu hendak memulakan sesuatu kerja. Pemikiran bercelaru. Ketika inilah anda perlu bertanya kepada diri sendiri. "Apakah perkara yang paling penting patut dilakukan sekarang?".
apakah perkara atau kerja yang masih belum disermpurnakan. Apakah masih ada kerja rumah yang belum disiapkan. Adakah saya sudah membaca buku untuk persiapan ujian minggu hadapan?" Soalan sedemikian dapat membantu anda mengenal pasti tugas yang belum selesai dan perkara penting untuk dilaksanakan.

3. Hindarkan daripada melakukan semua perkara
Terdapat pelajar cenderung melaksanakan semua tugasan dan kerja yang ada. Memang benar sekiranya kerja anda siap pastinya akan rasa lega. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa jika beban kerja melebihi kemampuan, hasilnya tidak berkesan. Anda sendiri tidak berpuas hati dengan hasil yang tidak berkualiti. Hasil kerja yang baik datangnya daripada usaha yang teliti dan fokus.


4. Kenal pasti tenaga yang ada dalam diri anda
Sepanjang hari, anda tidak akan bertenaga sepenuhnya. Adakalanya akan berasa letih selepas seharian di sekolah. Apabila and sedang bertenaga, banyak aktiviti dapat dijayakan. Bagi memastikan tenaga anda dioptimumkan. Pastikan tugasan penting dilaksanakan ketika anda berada dalam keadaan benar-benar bertenaga dan bersemangat. Jika keadaan sudah menjadi lemah, lakukan perkara mudah seperti membaca bahan bacaan ringan atau melakukan riadah.

Cara Tangani Stress




1.Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

2. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol

Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

3. Rehat Seketika

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

4. Kurangkan Gangguan

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

5. Makan Makanan yang menyihatkan

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

6. Lakukan Meditasi

Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.

8. Dapatkan Nasihat

Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

9. Belajar Katakan 'TIDAK'

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

10. Dapatkan Tidur yang Cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

11. Lakukan Senaman

Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.

12. Menarik Nafas Dalam-dalam

Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

Kemahiran Belajar Menyalin Nota



  1. Dengar tanda lisan iaitu perkataan yang ditekankan oleh guru untuk menunjukkan kepentingan maklumat.
  2. Catatkan segala maklumat yang ditulis oleh guru di papan hitam.
  3. biasakan mendengar perkataan yang sering diulang oleh guru.
  4. beri perhatian pada bahagian yang banyak difokuskan dan diterangkan guru.

Teknik Membuat Nota


  1. Fahamkan topik yang telah dipelajari
  2. Catat kata kunci
  3. Buat nota menggunakan ayat sendiri
  4. Nota mesti teratur dan sistematik .
  5. Gunakan pen berbeza untuk bahagian berlainan contohnya tajuk besar, tajuk kecil dan cotoh.
  6. mulakan ayat baru di baris baru.
  7. bersih dan jelas maklumat yang ditulis.