Friday, 23 November 2012

Berangan Nak Kahwin!


Entri kali nie saya nak tunjuk kat anda semua apa yang saya dah edit gune Adobe Photoshop CS3jerr...hehe...sebab saya teringat apa yang pensyarah saya pesan kat kawan saya. " ko, kalau nak kahwin dah kena ade cal0n. ko kne tahu dlu perangai, perwatakan dia n so on la... Jadi dalam mase yang sama, saya dah berangan nak kahwin.hahaha...(poy0 kan?) saya mengekpresikan perasaan saya melalui idea ini walaupon xbrape nak kreatif sangat..maklumlah saya insan yang masih belajar..



cumel x? nnti sy akan update untuk pic yang seterusnya ya!!:)

Friday, 16 November 2012

Konsep Dalam Teori Psikoanalitik

Tiga jenis kesedaran

1. Alam sedar

Alam sedar merujuk kepada keadaan kita berasa dalam keadaan sedar. Ia berpotensi pada permukaan personaliti individu.

2. Alam prasedar
Alam prasedar megandungi pengalaman di bawah sedar tetapi boleh menjadi sedar dengan sedikit usaha. Alam prasedar wujud di bawah permukaan alam sedar.

3. Alam bawah sedar
Alam bawah sedar beroperasi pada peringkat personaliti paling bawah. Ia mangandungi pengalaman dan memori yang tidak disedari kewujudannya. Ini kerana apabila membawanya kealam sedar,ia melibatkan kesakitan kebimbangan. Ia juga dapat mengganggu tingkah laku rasional secara berterusan. 

Desakan-desakan  dalam personaliti

1. Naluri hidup
Setiap orang mempunyai desakan naluri meneruskan hidup. Ia juga dikenali sebagai eros. Tenaga yang dikaitkan dengan naluri dinamakan libido. Libido sebagai psikik dan perasaan seronok yang dikaitkan dengan kepuasan naluri hidup. 
2. Naluri kematian
Semua kehidupan diakihiri dengan kematian. Ia bermakna manusia berusaha kembali kepada keadaan seimbang sebelum hidup. Hasil utama bagi naluri kematian adalah agresif iaitu individu cuba memusnahkan orang lain ataupun dirinya sendiri. Ia dikenali sebagai Thanatos. Desakan naluri ini perlu dikawal oleh manusia supaya tidak keterlaluan sehingga membawa kemudaratan kepada manusia. 

Struktur personaliti

1. Id
Id adalah aspek personaliti asal. Ia datang daripada biologi individu, mengandungi seksual di bawah sedar dan naluri agresif. Ia beroperasi berdasarkan prinsip reality. Ia berkembang bagi memenuhi kehendak id. Pada masa yang sama, ia berfungsi memeriksa desakan id sehingga objek yang sesuai ditemui.

2. Ego
Ego pula adalah penggerak personality manusia. Ia adalah penengah antara id dan superego.

3. Superego
Superego adalah pegangan moral yang menghalang kehendak id. Terdapat dua komponen utama dalam superego iaitu suara hati dan keunggulan ego. Suara hati didapati melelui pelaksanaan ganjaran. Tugas utama superego adalah menahan desakan id, memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral dan realistic serta berusaha mencapai kesempurnaan


Jenis kerisauan

1. Risaukan realiti ataupun objektif
Ia melibatkan rasa takut pada perkara yang dalam dunia sebenar. Ketakutan ini dapat menjadi ekstrem. Contohnya, individu takut keluar rumah kerana takut dilanggar oleh kereta. 

2. Kerisauan neurotik
Kerisauan ini bermula sejak kanak-kanak apabila berlaku konflik antara keperluan naluri dan reality. Kanak-kanak biasanya diberi hukuman apabila menunjukkan kelakuan agresif. Ketakutan ini bukan naluri, tetapi kesan perbuatan memenuhi kehendak id. 

3. Kerisauan moral
Kerisauan jenis ini terhasil daripada konflik antara id dan superego. Ia adalah ketakutan dalam gerak hati seseorang. Perasaan bersalah dan malu dalam kerisauan moral timbul daripada dalaman diri seseorang. Ia akan menimbulkan tekanan dalam diri seseorang dan  menjadi pendorong untuk melakukan sesuatu supaya tekanan dapat dikurangkan. 

Konsep Teori Humanistik

Keperluan manusia dapat dijelaskan melalui beberapa konsep yang berkaitan dengan cara manusia mencapai keinginan masing-masing bagi memenuhi keperluan harian. Antara aspek penting dalam konsep ini adalah :

Kesempurnaan kendiri 

manusia mencapai kesempurnaan kendiri apabila peringkat sebelum ini iaiatu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri berjaya dicapai. Pada peringkat ini, manusia cenderung kepada agama dan mereka berpuas hati dengan kejayaan yang dimiliki.



    Hierarki keperluan manusia
    Dalam hierarki keperluan manusia Maslow,ia terbahagi kepada 5 peringkat utama . ia jelas menunjukkan manusia mempunyai keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi bagi mencapai matlamat hidup yang lebih bermakna. Terdapat beberapa ciri-ciri keperluan itu iaitu : 


    • Keperluan paling asas dalam hierarki perlu dipenuhi dahulu.
    • Keperluan yang lebih tinggi muncul kemudian semasa manusia melalui proses perkembangan. Keperluan fisiologi dan keselamatan muncul semasa masih bayi. Keperluan kasih sayang dan rasa harga diri muncul semasa remaja dan keperluan untuk sempurna diri muncul semasa pertengahan umur.
    • Gagal memenuhi keperluan yang lebih tinggi tidak membawa kepeda krisis. Oleh sebab itu, keperluan yang lebih rendah dinamakan keperluan asas.
    • Keperluan yang lebih tinggi menyumbang kepada perkembangan diri. Ia boleh menjadi faktor meningkatnya tahap kesihatan, kebahagiaan dan hidup lebih lama. Oleh itu, ia dinamakan keperluan perkembangan.
    • Setiap peringkat keperluan  tidak perlu dipenuhi sepenuhnya dengan sempurna sebelum keperluan seterusnya menjadi penting.

    Keperluan asas
    Keperluan asas manusia adalah keperluan yang penting dalam krhidupan manusia. Dalam hierarki keperluan Maslow, peringkat bawah adalah keperluan paling penting bagi manusia. Keperluan asas manusia terdiri daripada lima peringkat iaitu :
    • Keperluan fisiologi. Ia termasuk makan, minum, oksigen, dan membuang najis. Apabila keperluan untuk makan tidak dipenuhi, keperluan yang lain diabaikan.
    • Keperluan keselamatan. Keperluan ini timbul apabila keperluan fisiologi dipenuhi . ia merangkumi keperluan untuk rasa selamat, perlindungan,bebas daripada rasa takut dan kebimbangan.
    • Keperluan menyayangi dan disayangi. Semua manusia mahu rasa dihargai dan diterima orang lain. Terdapat dua jenis kasih sayang iaitu D- Love (deficiency-love) dan B-love(being-love). D-love ialah individu lebih mementingkan diri sendiri daripada member kasih sayang kepada orang lain. B-love ialah individu lebih mengambil berat, memberi kasih sayang kepada orang lain daripada menerima kasih sayang daripada orang lain bagi memenuhi kepuasan sendiri.
    • Keperluan penghargaan diri. Rasa harga diri terbahagi kepada dua jenis iaitu rasa hormat kepada diri sendiri dalam aspek persaingan dan cuba mendapat penghargaan daripada orang lain lagi menndapatkan status dominan dan kepentingan tertentu. 
    • Keperluan kesempirnaan kendiri. Apabila keperluan asas dipenuhi, keperluan kesempurna kendiri dan perkembangan lebih ketara. Manusia mencari matlamat hidup dan berusaha kearah sempurna kendiri dalam potensi diri yang unik yang dapat pada mereka.  Usaha kearah kesempurnaan kendiri bergantung kepada persekitaran yang baik termasuk proses sosialisasi bersama dengan rasa hormat dan sokongan daripada orang lain. 

    Travelog Airmata Syria

    Bocah kecil itu menyeka airmatanya yang tumpah,
    Di celah nyalaan api kemarahan dan kepiluan,
    Tatapan matanya hambar, meruak erti kepedihan yang melingkar.
    Relung dadanya juga disepuh mantera dan nafiri perlawanan.
    Aku ingin menyeka airmata si anak kecil yang tumpah, semoga dibibir munggil mereka menguntum senyuman.
    Juga semoga wajah bening anak kecil memancar cahaya bahagia.
    Wahai dunia, pandanglah sebahagian belahan Syams ini yang sedang berkubang darah, mereka memanggilmu dengan suara tersekat-sekat di rekungan.




    Sifat Lelaki Berdasarkan Rambut

    "Balik ni tengok rambut boyfriend ke, papa ke, abang ke adik atau pun suami ke, ataupun diri sendiri........

    1) RAMBUT LURUS
    - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

    2) RAMBUT KERINTING TEBAL
    - kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

    3) RAMBUT KERENTING NEGRO
    - bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

    4) RAMBUT IKAL MAYANG
    - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

    5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
    - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

    6) RAMBUT SIKIT
    - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

    7) RAMBUT PERANG
    - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

    RAMBUT TEBAL
    - bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

    9) RAMBUT KUSUT
    - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

    10) RAMBUT BERUBAN
    -kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

    11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
    - pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

    12) RAMBUT BOTAK
    - open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

    13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
    - sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

    14) RAMBUT PALSU
    - bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

    15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
    - don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??

    16) RAMBUT 'RONALDO'
    - rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan........

    Rahsia Diri Melalui Darah


    SI DIA BERDARAH “A” 
    Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu!

    SI DIA BERDARAH “B” 
    ‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri.

    SI DIA BERDARAH “O
    Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!

    SI DIA BERDARAH “AB” 
    Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri

    ANDA BERDARAH “A”
    Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini.

    ANDA BERDARAH “B”
    Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!

    ANDA BERDARAH “O”
    Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan?

    ANDA BERDARAH “AB”
    Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki.

    Sifat Calon Suami yang Baik

    Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

    Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. 



    10 sifat calon suami yang baik: 

    1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 
    2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 
    3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 
    4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 
    5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 
    6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 
    7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 
    8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 
    9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 
    10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.