Tuesday, 30 October 2012

Mengapa Manusia Bermasalah

Tidak ada seorang pun di kalangan kita yang sukakan masalah. Namun, masalah yang timbul bukan atas kehendak dirinya sendiri. Kadang kala disebabkan oleh faktor persekitaran yang menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan masalah manusia sendiri yang mencipta masalah. Individu yang Berjaya mencipta penyelesaian menerima habuan daripada kejayaan itu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan individu bermaslah. Antaranya adalah :
Gangguan emosi
Gangguan emosi boleh berlaku apabila individu itu terlalu memikirkan masalah ataupun peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Keadaan inimneyebabkan individu bermaslah dan memerlukan bimbingan.

Kehendak tidak tercapai
Masalah timbul apabila kehendak diri tidak dapat dipenuhi atau tercapai. Ini kerana individu cuba berfikir cara bagi memenuhi kehendak-kehendak mereka sehingga menjadikannya masalaha dalam hidup.

 Kurang kasih sayang
Kasih saying daripada ibu bapa amat penting bagi anak mereka. Kurang kasih saying dan perhatian menyebabkan konflik dalam diri anak yang akhirnya menimbulkan masalah dalam diri. Mereka tidak ceria dan mengalami kemurungan.

Terlalu rendah diri
Menurut psikologi, seseorang yang dilahirkan dengan kekurangan tertentu yang membawa kepada perasaan rendah diri. Perasaan inferior ini bukan dianggap sebagai kelemahan atau kekurangan tetapi aspek yang membawa kepeda perkembangan individu itu. Namun, ia adalah masalah bagi individu itu.

 Terlalu memendam perasaan
Manusia yang terlalu memendam perasaan dikatakan mengalami masalah kerana mereka tidak gemar meluahkan perasaan kepada orang lain bagi meringankan beban yang ditanggung. Apabila individu itu menyimpan dan memendam perasaan, ia memakan diri sendiri. Individu sentiasa berasa resah dan tidak bermaya melakukan pekerjaan.,

Punca Manusia Bermasalah

Perkataan bermasalah sering difahami secara negatif. Ia menjadikan kita keliru dan berat fikiran. Masalah berperanan membuka dan meluaskan daya imaginasi. Selagi ada orang yang melakukan kesilapan,selagi itu wujud masalah yang perlu diselesaikan. Masalah merujuk kepada perbezaan antara apa yang wujud dan apa yang kita mahu dan inginkan. Ia dapat didefinisikan sebagai perkara yang memerlukan penyelesaian. Ia adalah perkara ataupun keadaan yang menimbulkan kesukaran. Setiap masalah mempunyai komponen major iaitu :

Tidak selesa dalam sesuatu situasi 
Apabila individu percaya perkara itu sempurna dan memuaskan, itu bukan masalah. Apabila seseorang tidak selesa dalam situasi itu, seseorang itu dalam maslah dan memerlukan pilihan lain bagi menggantikannya.

Tidak mampu mencapai matlamat
Pada awalnya, matlamat adalah samar-samar kemudian bergerak kepada lebih tepat serta terperinci. Matlamat adalah keinginan untuk dicapai walaupun kadang-kadang fizikal dan pemikiran tidak mampu mencapainya. Apabila tidak tercapai, ia menimbulkan kekecewaan pada diri.

Terdapat halangan untuk berubah
Apabila manusia ingin berubah ia bukan semudah dijangkakan. Ia adalah keadaan dan paksaan yang datang bersama pemilihan penyelesaian dalam susunan bagi mencapai matlamat. Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor diri sendiri dan persekitaran.

Jenis dan Kategori Masalah Manusia


 Masalah tingkah laku seksual
Masalah tingkah laku merangkumi homoseksual, mak nyah, gengsterisme, vandalisme dan sebagainya. Tingkah laku begini dikatakan bermasalah dan dipandang serong oleh lapisan masyarakat.
2.     
       Masalah dalam perhubungan sosial
Selain itu, masalah dalam perhubungan sosial juga salah saru kategori masalah yang dialami oleh manusia. Contonya, maslah menyesuaikan diri ketidaksesuaian ini menyebabkan individu tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam kelompoknya.  Apabila keadaan itu dibiarkan berterusan, member tekanan kepada dirinya.

 Kecelaruan mental
Kecelaruan mental selalunya berlaku apabila seseorang itu memikirkan sesuatu masalah atau menghadapi tekanan hidup. Ia juga boleh berlaku apabila mereka tidak dapat mengawal perasaan ketika menghadapi sesuatu trauma. Selalunya orang sebegini perlu diletakkan dibawah kaunseling atau psikiatris.

 Masalah kasih sayang
Masalah kasih saying wujud apabila individu kurang mendapat kasih sayang.  Mereka berasa gelisah, keseorangan, kecewa, berlaku gangguan emosi, bimbang dan tidak bahagia. Keadaan ini akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan seterusnyya mendatangkan masalah kepada diri mereka.

Masalah penghargaan kendiri
Penghargaan kendiri penting dalam kehidupan. Setiap orang di dunia ini memerlukan penghargaan atau pengiktirafan, bukan sahaja daripada diri sendiri malah daripada masyarakat sekeliling. Apabila penghargaan kendiri tiada, individu rasa tidak yakin, kecewa, rendah diri, tidak berkebolehan dan berasa tidak dihargai. Keadaan ini yang mendatangkan masalah dalam diri individu itu.

Masalah kesempurnaan kendiri
Kesempurnaan kendiri adalah semua keperluan dipenuhi, Berjaya dalam hidup, faham makna kehidupan dan sebagainya. Namun, apabila individu itu tidak mencapai kesempurnaan kendiri, individu mudah hilang kawalan diri dan tidak dapat berfikiran waras dalam menghadapi pelbagai masalah. 

Kepentingan Memahami Prinsip Dan Etika Fasilitator

Melahirkan fasilitator yang bertanggungjawab
Fasilitator bertanggungjawab pada segala indakan yang diambil supaya menepati dengan undang-undang yang ditetapkan. Mereka sentiasa mengutamakan kepentingan dan member tumpuan pada masalah mereka.

    Bersedia membantu ahli-ahli

Sebagai fasilitator yang berprinsip dan beretika, mereka sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada ahli-ahli dalam usaha mencari pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah mereka.

Fasilitator memiliki sikap jujur
Fasilitator memiliki sifat jujur terhadap nilai-nilai diri dan perasaan bersama ahli-ahli kelompok. Ia perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri tanpa membohongi orang lain. Fasilitator yang tulen adalah fasilitator yang mempunyai prinsip sendiri dan mematuhi etika kaunseling.

Kerahsiaan
Fasilitator perlu menjelaskan kepentingan kerahsiaan dan setiap ahli perlu mengaplikasikan prinsip itu kerana ia adalah satu cara membentuk kepercayaan.

  Dapat menjalankan tugas yang ditetapkan
Ia mendorong fasilitator dan ahli-ahli menjalankan tugas dan kerja yang ditetapkanbagi mengelakkan timbulnya kelemahan dalam kelompok. Hubungan yang mesra dan komunikasi akan timbul dalam kelompok




Konsep Dan Definisi Fasilitator Dinamik

Fasilitator dinamik adalah individu yang mempunyai kebolehan yang tinggi bagi mengawal kelompok secara sistematik dan teratur. Ia juga berusaha mewujudkan suasana terapeutik di kalangan ahli-ahli dalam kelompok itu.
      Menurut Wan Norjihan (2003), fasilitator dinamik adalah fasilitator yang dapat mengawal kumpulan di bawah jagaannya dengan baik tanpa mengalami kegagalan yang mengecewakan. Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi mengendalikan kelompok iaitu :
  1. Fasilitator yang fleksibel - Fasilitator ini mampu mengubahsuai aktiviti kumpulan yang digunakan dalam sesi sebelum dan semasa aktiviti sedang dijalankan.
  2. Adaptif - Fasilitator mampu mengubahsuai aktiviti kumpulan yang mengalami situasi jurang  yang kritikal.
  3. Proaktif - Sebelum memulakan aktiviti kumpulan, fasilitator mengubahsuai aktiviti yang disediakan  mengikut kesesuaian karakter ahli kumpulan dan objektif program.
  4. Responsive - Apabila aktiviti sedang berlangsung, fasilitator segera membuat apa-apa pengubahsuaian bagi memastikan situasi yang tegang berada dalam keadaan yang terkawal.
  5. Fasilitator yang anjal - Fasilitator juga perlu anjal dengan mampu menerima apa sahaja yang berlaku dalam kumpulan dinamik secara perkara yang bernilai dan dapat meneruskan aktiviti dengan ahli-ahli.


Konsep Dan Definsi Fasilitator Efektif

Fasilitator efektif adalah individu yang mempunyai kemahiran serta ilmu pengetahuan bagi mengendalikan kelompok. Sebenarnya, fasilitator efektif mempunyai cirri-ciri dan kebolehan tersendiri. Fasilitator efektif bermaksud individu yang mempunyai pengaruh dan pelbagai nilai yang diperlukan semasa membimbing ahli-ahli dalam kelompok dan bersama-sama menyelesaikan masalah.
      Menurut Norjihan (2003), fasilitator efektif melibatkan pelbagai sikap dan ketrampilan peribadi. Oleh itu, fasilitator efektif perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
1.      Kualiti keperibadian
Ia merangkumi elemen-elemen seperti jujur pada diri sendiri, bertindak dengan keyakinan diri, konsisten, peka, memerhatikan orang lain secara tulus dan tidak memiliki kepentingan peribadi apabila bertindak. Ini kerana ia menyedari kemampuan dan keterbatasan diri sendiri.
2.      Pengetahuan asas
Fasilitator efektif mengerti dan menghargai kepentingan prinsip pembelajaran dewasa, gaya komunikasi dalam kelompok, perbezaan budaya, dinamika kelompok dan antara peribadi, subjek ataupun kadar keahlian dalam suatu kelompok dan metodologi latihan dan pengajaran.
3.      Keterampilan dalaman
Jenis fasilitator yang terampil dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar secara aktif, berkomunikasi secara terbuka, member ataupun menerima kemasukan ahli baru, sudi mengajukan pertanyaan dan sebagainya.
Jelas menunjukkan individu itu tidak secara langsung menjadi fasilitator efektif dengan hanya  membaca buku. Sebaliknya, ia perlu menggabungkan pengalaman, umpan-balik, pemerhatian dan refleksi bagi membangun kompetensi. Pengalaman adalah alat latihan paling efektif.

Monday, 29 October 2012

Siapakah Fasilitator..


Dalam usaha mengenal pasti individu yang layak dianggap fasilitator, aspek penting yang perlu ditekankan adalah individu yang mampu membantu dan memimpin orang lain menuju matlamat yang nyata dan positif. Fasilitator dalam konteks ini berperanan sebagai pemudah cara atau pembimbing bagi suatu kelompok.
      Menurut Farell dan Weaver (2000), fasilitator adalah individu yang membantu bagi melancarkan proses komunikasi sekelompok manusia sehingga mereka dapat memahami ataupun menyelesaikan masalah secara bersama. Ia bukan individu  yang hanya memberikan nasihat ataupun pendapat shaja. Menurut Zuraidah(2001) pula, fasilitator adalah individu wayang dapat diterima oleh seluruh anggota kelompok sehingga posisinya neutral dan terus membantu kelompok bagi menyelesaikan masalah serta membuat keputusan bagi meningkatkan keberkesanan kelompok.
     Selain itu, fasilitator juga adalah individu yang bijak mengaplikasikan kemahairan perhubungan antara perorangan dan berupaya membentu individu ataupun kerlompok mencapai  matlamat. Justeru, ia juga menjadi sumber penyelesaian yang baik bagi pelbagai masalah kelompok. Menurut Wan Najihan (2003) pula, fasilitator adalah individu yang mempunyai kesedaran berbakti kepada masyarakat dan mengamalkan cara hidup sederhana. Mereka sentiasa melengkapkan  diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi memastikan dirinya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sempurna.