Tuesday, 30 October 2012

Jenis dan Kategori Masalah Manusia


 Masalah tingkah laku seksual
Masalah tingkah laku merangkumi homoseksual, mak nyah, gengsterisme, vandalisme dan sebagainya. Tingkah laku begini dikatakan bermasalah dan dipandang serong oleh lapisan masyarakat.
2.     
       Masalah dalam perhubungan sosial
Selain itu, masalah dalam perhubungan sosial juga salah saru kategori masalah yang dialami oleh manusia. Contonya, maslah menyesuaikan diri ketidaksesuaian ini menyebabkan individu tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam kelompoknya.  Apabila keadaan itu dibiarkan berterusan, member tekanan kepada dirinya.

 Kecelaruan mental
Kecelaruan mental selalunya berlaku apabila seseorang itu memikirkan sesuatu masalah atau menghadapi tekanan hidup. Ia juga boleh berlaku apabila mereka tidak dapat mengawal perasaan ketika menghadapi sesuatu trauma. Selalunya orang sebegini perlu diletakkan dibawah kaunseling atau psikiatris.

 Masalah kasih sayang
Masalah kasih saying wujud apabila individu kurang mendapat kasih sayang.  Mereka berasa gelisah, keseorangan, kecewa, berlaku gangguan emosi, bimbang dan tidak bahagia. Keadaan ini akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan seterusnyya mendatangkan masalah kepada diri mereka.

Masalah penghargaan kendiri
Penghargaan kendiri penting dalam kehidupan. Setiap orang di dunia ini memerlukan penghargaan atau pengiktirafan, bukan sahaja daripada diri sendiri malah daripada masyarakat sekeliling. Apabila penghargaan kendiri tiada, individu rasa tidak yakin, kecewa, rendah diri, tidak berkebolehan dan berasa tidak dihargai. Keadaan ini yang mendatangkan masalah dalam diri individu itu.

Masalah kesempurnaan kendiri
Kesempurnaan kendiri adalah semua keperluan dipenuhi, Berjaya dalam hidup, faham makna kehidupan dan sebagainya. Namun, apabila individu itu tidak mencapai kesempurnaan kendiri, individu mudah hilang kawalan diri dan tidak dapat berfikiran waras dalam menghadapi pelbagai masalah. 

Kepentingan Memahami Prinsip Dan Etika Fasilitator

Melahirkan fasilitator yang bertanggungjawab
Fasilitator bertanggungjawab pada segala indakan yang diambil supaya menepati dengan undang-undang yang ditetapkan. Mereka sentiasa mengutamakan kepentingan dan member tumpuan pada masalah mereka.

    Bersedia membantu ahli-ahli

Sebagai fasilitator yang berprinsip dan beretika, mereka sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada ahli-ahli dalam usaha mencari pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah mereka.

Fasilitator memiliki sikap jujur
Fasilitator memiliki sifat jujur terhadap nilai-nilai diri dan perasaan bersama ahli-ahli kelompok. Ia perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri tanpa membohongi orang lain. Fasilitator yang tulen adalah fasilitator yang mempunyai prinsip sendiri dan mematuhi etika kaunseling.

Kerahsiaan
Fasilitator perlu menjelaskan kepentingan kerahsiaan dan setiap ahli perlu mengaplikasikan prinsip itu kerana ia adalah satu cara membentuk kepercayaan.

  Dapat menjalankan tugas yang ditetapkan
Ia mendorong fasilitator dan ahli-ahli menjalankan tugas dan kerja yang ditetapkanbagi mengelakkan timbulnya kelemahan dalam kelompok. Hubungan yang mesra dan komunikasi akan timbul dalam kelompok




Konsep Dan Definisi Fasilitator Dinamik

Fasilitator dinamik adalah individu yang mempunyai kebolehan yang tinggi bagi mengawal kelompok secara sistematik dan teratur. Ia juga berusaha mewujudkan suasana terapeutik di kalangan ahli-ahli dalam kelompok itu.
      Menurut Wan Norjihan (2003), fasilitator dinamik adalah fasilitator yang dapat mengawal kumpulan di bawah jagaannya dengan baik tanpa mengalami kegagalan yang mengecewakan. Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi mengendalikan kelompok iaitu :
  1. Fasilitator yang fleksibel - Fasilitator ini mampu mengubahsuai aktiviti kumpulan yang digunakan dalam sesi sebelum dan semasa aktiviti sedang dijalankan.
  2. Adaptif - Fasilitator mampu mengubahsuai aktiviti kumpulan yang mengalami situasi jurang  yang kritikal.
  3. Proaktif - Sebelum memulakan aktiviti kumpulan, fasilitator mengubahsuai aktiviti yang disediakan  mengikut kesesuaian karakter ahli kumpulan dan objektif program.
  4. Responsive - Apabila aktiviti sedang berlangsung, fasilitator segera membuat apa-apa pengubahsuaian bagi memastikan situasi yang tegang berada dalam keadaan yang terkawal.
  5. Fasilitator yang anjal - Fasilitator juga perlu anjal dengan mampu menerima apa sahaja yang berlaku dalam kumpulan dinamik secara perkara yang bernilai dan dapat meneruskan aktiviti dengan ahli-ahli.


Konsep Dan Definsi Fasilitator Efektif

Fasilitator efektif adalah individu yang mempunyai kemahiran serta ilmu pengetahuan bagi mengendalikan kelompok. Sebenarnya, fasilitator efektif mempunyai cirri-ciri dan kebolehan tersendiri. Fasilitator efektif bermaksud individu yang mempunyai pengaruh dan pelbagai nilai yang diperlukan semasa membimbing ahli-ahli dalam kelompok dan bersama-sama menyelesaikan masalah.
      Menurut Norjihan (2003), fasilitator efektif melibatkan pelbagai sikap dan ketrampilan peribadi. Oleh itu, fasilitator efektif perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
1.      Kualiti keperibadian
Ia merangkumi elemen-elemen seperti jujur pada diri sendiri, bertindak dengan keyakinan diri, konsisten, peka, memerhatikan orang lain secara tulus dan tidak memiliki kepentingan peribadi apabila bertindak. Ini kerana ia menyedari kemampuan dan keterbatasan diri sendiri.
2.      Pengetahuan asas
Fasilitator efektif mengerti dan menghargai kepentingan prinsip pembelajaran dewasa, gaya komunikasi dalam kelompok, perbezaan budaya, dinamika kelompok dan antara peribadi, subjek ataupun kadar keahlian dalam suatu kelompok dan metodologi latihan dan pengajaran.
3.      Keterampilan dalaman
Jenis fasilitator yang terampil dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar secara aktif, berkomunikasi secara terbuka, member ataupun menerima kemasukan ahli baru, sudi mengajukan pertanyaan dan sebagainya.
Jelas menunjukkan individu itu tidak secara langsung menjadi fasilitator efektif dengan hanya  membaca buku. Sebaliknya, ia perlu menggabungkan pengalaman, umpan-balik, pemerhatian dan refleksi bagi membangun kompetensi. Pengalaman adalah alat latihan paling efektif.

Monday, 29 October 2012

Siapakah Fasilitator..


Dalam usaha mengenal pasti individu yang layak dianggap fasilitator, aspek penting yang perlu ditekankan adalah individu yang mampu membantu dan memimpin orang lain menuju matlamat yang nyata dan positif. Fasilitator dalam konteks ini berperanan sebagai pemudah cara atau pembimbing bagi suatu kelompok.
      Menurut Farell dan Weaver (2000), fasilitator adalah individu yang membantu bagi melancarkan proses komunikasi sekelompok manusia sehingga mereka dapat memahami ataupun menyelesaikan masalah secara bersama. Ia bukan individu  yang hanya memberikan nasihat ataupun pendapat shaja. Menurut Zuraidah(2001) pula, fasilitator adalah individu wayang dapat diterima oleh seluruh anggota kelompok sehingga posisinya neutral dan terus membantu kelompok bagi menyelesaikan masalah serta membuat keputusan bagi meningkatkan keberkesanan kelompok.
     Selain itu, fasilitator juga adalah individu yang bijak mengaplikasikan kemahairan perhubungan antara perorangan dan berupaya membentu individu ataupun kerlompok mencapai  matlamat. Justeru, ia juga menjadi sumber penyelesaian yang baik bagi pelbagai masalah kelompok. Menurut Wan Najihan (2003) pula, fasilitator adalah individu yang mempunyai kesedaran berbakti kepada masyarakat dan mengamalkan cara hidup sederhana. Mereka sentiasa melengkapkan  diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi memastikan dirinya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sempurna. 

Tuesday, 23 October 2012

Ciri-ciri Kaunselor Silang Budaya

Assalamualaikum
Untuk entri nie, saya nak berkongsi cikit tentang ciri-ciri kaunselor yang menjalankan kaunseling silang budaya.


Sikap Kaunselor ( Counselor Attitude )
“ To know where you are going, you must understand where you come from.” Kata-kata ini dipetik daripada E.F Sherida iaitu The World of Culture Presiden. Dari petikan di atas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk seseorang kaunselor itu memahami siapakah dirinya sebelum mengenali kliennya yang berlainan budaya darinya. Sebagai kaunselor yang menjalankan sesi silang budaya, adalah perlu untuk dia bukan sekarang mengetahui malah memahami asal-usul dia. Perkara seperti agama, etnik, tradisi dan pantang larang yang berlegar di sekekliling dirinya perlu disedari supaya tidak menjejaskan sesi yang dijalankan. Selain itu, kaunselor perlu menyedari nilai budaya yang dipegangnya bagaimana dia sendiri melihat sesuatu budaya itu daripada sudut pandangannya kemudian barulah memahami budaya kliennya. Ini penting jika kaunselor sendiri gagal menyedari wujudnya perbezaan dan persamaan budaya dia dengan kliennya, pasti ada halangan dalam menjalankan sesi. Untuk itu apapun perbezaan yang timbul dari aspek budaya kaunselor harus bijak menselesakan dirinya semasa menjalankan sesi. Ingat salah satu prinsip kaunseling adalah percaya yang setiap manusia itu unik dan berpotensi untuk berkembang. Jadi, apa pun budaya yang diamalkan oleh klien dia harus menerima tanpa syarat tetapi tidak perlulah memaksa diri jika rasa tidak pasti yang anda mampu mengendalikan sesi silang budaya.

Pengetahuan Kaunseling ( Counseling Knowledge )
Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang kaunselor itu sebenarnya antara factor yyang mempengaruhi perjalanan sesi kaunseling silang budaya dan apa-apa jenis sesi sekalipun. Pengetahuan kaunseling tidak terhad dalam memahami teori-teori tertentu shaja. Ini kerana di dalam kaunseling silang budaya, kaunselor perlu memperkembangkan lagi pengetahuannya mengenai budaya-budaya lain. Hal ini akan lebih membantu kaunselor untuk memahami kliennya. Pengetahuan kaunselor terhadap kliennya juga penting , semsa penerokaan adalah perlu untuk kaunselor mengetahui sejarah, pengalam, amalan tradisi, nilai kebudayaan yang dipegang oleh kliennya.

Kemahiran Kaunselor ( Counselor Skill’s)
Dalam kaunseling silang budaya, penekanan terhadap empati adalah penting. Kaunselor perlu tahu memahami secara lisan dan bukan lisan. Biasanya isu yang timbul dalam kaunseling silang budaya adalah laras bahasa yang digunakan dalam sesi. Sekiranya terdapat istilah yang tidak difahami kaunselor, dia perlu bertanya kepada klien bagi memastikan apa yang difahami tentang istilah tertentu adalah menepati dengan apa yang klien ingin sampaikan. Oleh itu, kemahiran kaunselor bukan sahaja tentang kemahiran kaunseling yang dikuasai malah merangkumi kemahiran berbahasa dan memahami body language kliennya. Adalah satu kelebihan jika kaunselor dapat menguasai lebih dari satu bahasa.

Kaunselor dan Kepompong Budaya ( Culturally Encapsulated Counselor )
Kegagalan kaunselor untuk menghadapi kepelbagaian budaya dalam sesi silang budaya disebabkan kaunselor terperangkap dalam kepompong budaya. Kaunselor tidak menyedari akan wujudnya perbezaan nilai dalam budaya kliennya. Kesannya adalah klien selesa dengan sesi yang dijalankan? Disini, adalah perlu bagi seseorang kaunselor mengelak stereotaip dengan melihat kliennya berdasarkan dari mana kelompok asalnya kliennya. Ini perlu dielakkan dan untu memastikan ini tidak berlaku nilai keterbukaan dan kejujuran perlu diamalkan oleh seseorang kaunselor itu. Kaunselor perlu bersikap terbuka dengan apa yang dikongsikan kliennya mengenai budaya atau apa saja. Kaunselor juga perlu jujur dan bersikap telus dengan apa yang difikirkan. Oleh itu, dengan cara ini kaunselor dapat mengelak culturally encapsulated yang membawa kesan negative kepada perhubungan teraputik antara klien dengan kaunselor.

Monday, 22 October 2012

Kita Bercinta di Syurga ya


Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.

Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.

"Abang nak dengar lagu ape?"

Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.

"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.

"Tajuk pe lagu tu?"

"Err.. Ade la.. Hehe.."

"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."

"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.

"Romantiknye abang ni.."

"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."

Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.

Mekar di taman hati..

Cinta pertama..

Engkau ciptaan seni idaman kasih..

Antara bibir tersiratnya pekerti..

Kelembutan yang mendamaikan jiwa..

"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.

"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.

"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."

Sayang tak tunggu kat radio?

"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."

"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.

Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.

Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia. 

"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.

"Sayang pulak camna?"

Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.

"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."

"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.

"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."

"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.

"Tak dah!"Balas Izyani.

"Sebab?"

"Sebab tak sedey laa..." ^_^

"Oo.. kenakan abang ye.."

"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."

Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.

"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..

"Ameen.."Balas Izyani.

Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.

"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.

"Ya Allah!!"

Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.

Dammmmm!!

Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.

----

Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?

Mustahil?

Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti..