Saturday, 20 October 2012

Al-Ghazali: Perjalanan Mencari Hidayah

Imam Ghazali atau nama sebenarnya, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Ghazali dilahirkan di Tusia Khurasan. Ayah beliau seorang pemintal benang (al-ghazul). Oleh itu, beliau dikenali sebagai 'Al-Ghazali'. Usia mudanya digunakan bagi menimba ilmu daripada ulama-ulama yang terkenal dari serata pelosok negeri seperti Imam al-Haramain Juwaini. Imam Ghazali menunjukkan kecerdasan mindanya dengan menulis sebuah buku berjudul Al-Mankhul semasa masih menuntut dengan Imam Haramain.
      Hasil kegigihan beliau, Imam Ghazali menjadi terkenal kerana ketinggian ilmunya. Fatwa dan pendapatnya menjadi rujukan para pemerintah. Ketika inilah nafsu terhadap pangkat dan harta menguasai diri Imam Ghazali. Oleh kerana kepetahannya berhujah, Ghazali bersikap sombong. Beliau sering merendah-rendahkan orang lain. Sikap kebanyakan ulama lain yang mendampingi pemerintah juga mengutamakan kedudukan berbanding kepentingan agama.
      Keadaan ini menimbulkan kesedaran dalam hati Imam Ghazali bahawa kehidupan dunia mengaburi matanya. Lalu, beliau bertekad mahu memecilkan diri daripada masyarakat bagi membersikan jiwanya dari sikap cintakan dunia. Sekali lagi beliau mengembara bagi mematngkan fikirannya. Semasa beliau menjalani proses pembersihan jiwa, beliau mengarang kitab Ihya; Ulumuddin yang kemudiannya me jadi kitab rujukan bagi membersihkan jiwa. 
       Selepas Imam Ghazali berjaya membersihkan jiwanya dari sikap cintakan dunia, beliau kembali ke dalam masyarakat dan melakukan reformasi bagi menyelamatkan umat Islam daripada terus hanyut dibuai kemewahan dunia. Kaedah reformasi Imam Ghazali disandarkan kepada kenyataan Allah dalam Quran yang bermaksud, " Apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri." Justeru beliau lebih menumpukan kepada memperbaiki diri berbanding menyalahkan pengaruh luar.
      Akhirnya Imam Ghazali bukan sahaja menjadi terkenal kerana kehebatan berhujah dan ketinggian ilmunya, malah kerana ketakwaan kepada Allah s.w.t..

Keajaiban Personaliti Umar al-Khattab

Umar lahir di Kota Mekah yang merupakan sebuah kota tumpuanbagi para pedagang. Beliau berasal daripada golongan kelas pertengahan. Walaupun pada ketika itu masyarakat Arab berada dalam zaman kegelapan, namun Umar adalah seorang yang berilmu pengetahuan. Dalam usia beliau yang masih dalam sekitar 20-an, Umar terkenal sebagai seorang pahlawan yang gagah berani.
      Sebelum beliau memeluk Islamm, beliau pernah menanam anak perempuannya secara hidup-hidup kerana budaya masyarakat Arab ketika itu tidak senang dengan kelahiran anak perempuan. Ketika Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan ajaran Islam di Mekah, Umar adalah antara penentang yang paling kuat. Beliau bermati-matian mempertahankan ajaran batil turun-temurun kaum Quraisy. 
      Apabila beliaumengetahui adiknya sendiri memeluk Islam, beliau dengan segera pergi ke rumah adiknya bersama pedang yang terhunus. Pada hari itu ditakdirkan Umar yang gagah dapat dilembutkan dengan alunan beberapa potong ayat dari Quran., lantas menjadikan beliau pendokong Islam yang paling kuat. Sepanjang perjuangannya bersama Nabi Muhammad s.a.w., beliau terkenal sebagai seorang yang tegas dari segi mematuhi hukum-hukum Islam. 
      Apabila Umar dilantik menjadi khalifah Islam yang kedua, beliau berjaya memperluaskan empayar Islam dan mengatasi kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi. Sebagai ketua pemerintah sebuah empayar yang besar, Umar masih dengan cara hidup yang sederhana. Pernah pada satu ketika seorang kafir datang menghadap Umar dan terkejut apabila mengetahui khalifah sebuah empayar yang begitu besar hanya tinggal di dalam rumah yang sederhana. 
      Selaku khalifah, Umar tidak pernah mengambil wang sara hidup yang berlebihan daripada Baitulmal dan hanya mengambil sekadar keperluan minimumnya. Walaupun ada di kalangan sahabat yang  mengatakan, sebagai pemimpin yang bekerja keras untuk negara, beliau layak menerima lebih, namun beliau tidak pernah melihat kedudukan beliau sebagai suatu kelebihan tetapi hanya sebagai satu amanah.
      Sepanjang hayatnya selepas bergelar seorang Muslim, Umar terkenal sebagai seorang yang warak dan adil. Pernah satu ketika apabila beliau sedang mengagihkan wang Baitulmal, anak beliau yang mash kecil mengambil wang Baitulmal itu. Namun, Umar bertindak mengejar dan mengambil kembali satu dirham itu daripada anaknya kerana beliau tidak mahu keluarganya  mengambil apa yang bukan hak mereka. 
      Begitulah karakter seorang pemimpin besar Islam. Daripda seorang yang sanggup membunuh kerana malu, beliau menjadi seorang tokoh yang bertakwa. Proses transformasi Umar bermula dari dalam jiwanya sebaik sahaj beliau menghayati bait-bait dalam al-Quran. Tingkat ketakwaan Umar semakin tinggi kerana beliau menghayati setiap suruhan yang datang daripada Allah dan Rasulnya. Maka, sudah pasti isi ajaran Islam itu adalah rahsia yang membentuk keperibadian Umar.
      Islam adalah satu cara hidup yang mempunyai pakej lengkap. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti dalam bukunya Fiqh Al- Sirah mencatat, Islam berjaya mengeluarkan masyarakat Arab Jahiliah daripada cara hidup yang hina menjadi sebuah masyarakat yang bermaruah. Para cendikiawan menyifatkan dakwah Rasulullah di Semenanjung Arab sebagai '23 tahun yang ajaib dalam peradaban manusia'.

Sumber Psikologi Personaliti Dalam Islam

Assalamualaikum...
Older post saya yang sebelumnya ada menceritakan tentang psikologi personaliti Barat. Psikologi personaliti barat berbeza dengan psikologi personaliti dalam islam kerana psikologi personaliti  Barat banyak dipengaruhi oleh faktor peribadi seseorang ahli psikologim aliran pemikiran pada sesuatu zaman dan ciri-ciri populasi dalam sesuatu kelompok masyarakat, konsep personaliti manusia. Manakala menurut Islam, adalah berdasarkan sumber Quran dan hadis. Ia bukan hasil pemikiran rasional manusia semata-mata. Atas sebab inilah ahli-ahli psikologi Islam menolak teori-teori yang dikemukakan oleh Barat. 
      Misalnya, menurut teori Behaviourisme, tingkah laku seseorang adalah semata-mata hasil tindak balasnya terhadap ransangan yang diterima. Ini meletakkan manusia sebagai satu objek yang tidak mempunyai matlamat,  seolah-olah sebuah robot yang diprogramkan menurut cip yang dipasang ke dalam otaknya. Namun, menurut Quran dalam, dalam ayat 21 surah at-Thur , Islam meletakkan manusai sebagai khalifah dan segala tingkah lakunya akan dihakimi di akhirat kelak. Manusia juga dimuliakan dengan akal untuk berfikir mengenai kesan daripada tindak tanduknya.
      Manusia berupaya memilih tingkah laku yang dikehendaknya. Hal ini diungkapkan dalam ayat ke-8, surah as-Shams. Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyatakan, Dia mengilhamkan kepada jiwa manusia jalan kefasikan dan ketakwaan. Terpulang kepada manusia ntuk memilih yang mana hendak diturutinya. 
      Selain akal untuk berfikir, manusia menurut Quran diciptakan dengan elemen emosi, hati dan roh bagi membolehkan seseorang menjalankan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dengan sempurna. Imam Ghazali adalah salah seorang cendikiawan Islam yang paling banyak mengemukakan konsep manusia dan psikologi. Hasil penelitiannya pada kandungan Quran, beliau menyimpulkan terdapat 5 elemen yang membentuk personaliti. Kelima-lima elemen itu adalah akal, jasad, hati, roh dan nafsu.
      Para ahli psikologi Muslim mengkaji persoalan personaliti  manusia dengan mengkaji makna-makna istilah itu dalam Quran. Hassan Langgulung dalam tulisannya, Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikoloogi Moden : Sumbangan Islam menyatakan  dalam Islam, jiwa merujuk kepada empat istilah iaitu 'aql', 'nafs', ;roh', dan 'qalb'. Inilah perbezaan paling ketara antara psikologi Barat dan psikologi Islam, kajian terhadap jiwa diutamakan sedangkan di Barat, ajian terhadap tingkah laku lebih di utamakan. 
      Dalam al-Quran, Allah mengungkapkan tiga jenis 'nafs'. Tiga jenis 'nafs' iaitu Nafs al-Ammarah adalah nafsu yang mendorong kepada kejahatan. Nafs al-Mutmainnah pula adalah nafsu yang mendorong kepada ketenangan, Nafs al-Lawwamah diertikan sebagai nafsu yang tercela.

*p/s  : Ikutlah panduan yang betul, selagi pegangan kita adalah benar dan mengikut syariat Islam, insya Allah semua urusan akan dipermudahkan. Janganlah kita bergantung kepada teori Barat semata-mata yang hanya terhasil daripada pemikiran manusia.
      

Bapa Psikologi Personaliti

Sigmund Freud
Sigmund Freud dianggap sebagai bapa bidang psikologi personaliti kerana beliau adalah antara orang yang terawal merumuskan teori personalitiyang kompleks. Pada awalnya beliau adalah pakar saraf dan psikiatri. Personaliti manusia pada perspektif beliau adalah hasil pengalaman semasa kanak-kanak dan pengaruh tindakan di bawah sedar manusia. Perspektif beliau dipengaruhi oleh latar belakang keluarganya yang berbangsa Yahudi. 
       Dalam teori Freud, aspek mental yang asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian sedar, pra-sedar dan bawah sedar. Antara ketiga-ketiga bahagian ini, bahagian di bawah sedar mempunyai impa yang paling besar pada pembentukan personaliti seseorang. Freud mengumpamakan mental manusia seperti bongkah ais yang besar. Bhagian di atas permukaan air yang lebih kecil adalah bahagian sedar dan bahagian di bawah permukaan air yang lebih besar adalah mental bawah sedar.
      Menurut pandangan Freud, desakan naluri manusia mendorong manusia memenuhi keperluannya. Kepuasan yang diperoleh dapat mengembalikan keseimbangan tubuh badan. Menurut teori Freud lagi, sistem minda manusia terdiri daripada tiga iaitu id, ego dan superego.
      Id adalah dorongan biologi atau kehendak naluri seperti keperluan seks, makanan dan tidur. Ia bertindak bermatlamatkan keseronokan. Ego pula bertentangan dengan id. Ia berperanan memilih tindakan yang dapat menghalang desakan id. Ego terbentuk apabila kanak-kanak mendapati tidak semua yang diingini oleh id dapat dipenuhi. manakala superego pula mempengaruhi ego supaya memilih tingkah laku secara realistik. 
     Seorang ahli psikiatri bernama Carl Jung juga pada awalnya bersetuju dengan pendekatan Freud. Namun beliau berpendapat, personaliti bukan sahaja ditentukan oleh pengalaman silam seseorang, malah ia juga dipengaruhi oleh matlamat pada masa hadapan. Jung mengembangkan teorinya dengan mengemukakan dua sikap asas iaitu ekstraversion dan introversion. Seseorang yang bersikap ekstrovert mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Orang yang bersikap introvert pula suka memendam perasaan dan tidak suka bersosial.
       Alfred Adler, seorang lagi ahli psikiatri, turut sependapat dengan Jung. Beliau percaya tingkah laku berpandu kepada matlamat masa hadapan seseorang. Matlamat hidup manusai adalah menuju kesempurnaan atau superioriti. Sikap inferiority seseorang menjadi faktor pendesak yang mempengaruhi personaliti.

Teori-teori Personaliti Utama

Sejak akhir abad ke-19 hingga kini, beberapa teori yang terkenal dikemukakan oleh tokoh-tokoh besar dalam bidang psikologi personaliti. Antaranya adalah Teori Trait, Teori Psikoanalisis, Teori Behavioristik dan Teori Humanistik. Teori-teori ini banyak dipengaruhi oleh aliran pemikiran pada zaman ia dibentuk.
      Teori Trait dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Gordon Allport dan Raymond Catell. Ia berkisar mengenai sistem dalaman yang dipanggil trait. Manakala Teori Psikodinamik pula adalah hasil kajian Sigmund Freud. Teori ini meletakkan seks sebagai dorongan utama kepada seluruh tingkah laku manusia. 
          B. F. Skinner pula mengatakan bahawa tingkah laku adalah hasil saripada gerak balas pada ransangan persekitaran seseorang. Konsep ini diterapkan dalam Teori Behavioristik. Teori Humanistik gubahan Abraham Maslow pula menekankan manusia secara semula jadinya mempunyai naluri yang baik dan berkeinginan mencapai keadaan hidup yang lebih sempurna. 

Matlamat Kaunseling

George dan Cristiani (1990) menyenaraikan 5 matlamat utama yang ditekankan di dalam kebanyakan teori dan model kaunseling.

  • Menyediakan perubahan untuk perubahan tingkah laku.
  • Memperbaiki perhubungan sosial dan peribadi.
  • Meningkatkan keberkesanan sosial dan kebolehan menangani keadaan.
  • Belajar proses membuat keputusan.
  • Mempertingkatkan potensi manusia dan memperkayakan perkembangan diri.

Shertzer dan Stone (1974) berpendapat matlamat kaunseling  adalah ke arah :
  • Perubahan tingkah laku.
  • Kesihatan mental yang positif.
  • Menyelesaikan mesalah.
  • Keberkesanan peribadi.
  • Membuat keputusan.

1.  Perubahan tingkah laku
Hampir semua pakar dalam kaunseling berpendapat matlamat utama kaunseling ialah perubahan tingkah laku yang membolehkan klien hidup dengan lebih produktif dan memuaskan di dalam limitasi masyarakat dalam hubungan dengan orang lain seperti di dalam situasi keluarga, pencapaian akademikdi tempat kerja dan seumpamanya. Kaunseling menghasilkan perubahan di dalam organisasi dan struktur personaliti dan tingkah laku. perubahan sebagai satu matlamat boleh dilihat sebagai  mengesah semula tindakbalas biasa kepada kekecewaan atau sikap berbeza kepada orang lain. 


2.  Kesihatan mental yang positif
Jika matlamat kesihatan mental tercapai, seseorang klien memperoleh integrasi, penyesuaian dan identifikasi positif dengan orang lain. Klien belajar menerima tanggungjawab, berdikari dan mendapat integrasi tingkahlaku. 


3.  Menyelesaikan masalah
Matlamat Kaunseling kadangkala dirasakan sebagai satu resolusi kepada apa juga permasalahan yang dibawa semasa perhubungan menolong. Krumbolz (1965) memberi rasional bahawa sebab utama kewujudan kaunseling adalah berasaskan kepada fakta bahawa manusia mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Mereka datang berjumpa kaunselor kerana mereka telah diberi kepercayaan bahawa kaunselor boleh menolong mereka menyelesaikan masalah mereka. 

4.  Keberkesanan peribadi
Berkaitan dengan matlamat mencapai kesihatan mental  yang baik dan perubahan tingkah laku ialah memperbaiki keberkesanan peribadi. Blocher ( 1966) mendefinisikan individu yang berkesan dapat dilihat boleh melibatkan diri dengan melakukan projek, melabur tenaga dan masa dan bersedia mengambil risiko ekonomi, psikoterapi dan fizikal. Dia dilihat mempunyai keupayaan untuk mengawal, mendefinisi dan menyelesaikan masalah. Dia juga konsisten dalam situasi peranan yang diaminkan. Dia juga dilihat boleh berfikir dengan cara kreatif, berbeza dan tulus. Akhirnya ia berupaya mengawal diri dan memberikan tindakbalas yang sesuai kepada kekecewaan, permusuhan dan kesamaran.



5.  Membuat keputusan
Salah satu matlamat kaunseling yang penting ialah membolehkan individu membuat keputusann. Adalah bukan menjadi tugas kaunselor untuk menentukan apa keputusan yang harus dibuat atau dipilih oleh individu. Keputusan adalah terletak di tangan klien sendiri dan dia mesti tahu mengapa dan bagaimana untuk membuat keputusan. Dia perlu belajar untuk mengagak kebarangkalian kesan dan akibat daripada keputusan ini dari segi pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang, risiko dan seumpamanya. Dia harus belajar mengambil kira nilai kendiri dan sedar tentang keputusan yang dibuat.

Apa Itu Personaliti?

Mungkin perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila kita mendengar perkataan 'personaliti' adalah identiti dan karakteristik seseorang. " Dia mempunyai personaliti yang menarik!", kata seseorang. Maka setiap mata yang memandang memerhati gerak-gerinya, mengharapkan sesuatu yang dapat membenarkan kata-kata tadi. Namun, personaliti seseorang tidak dapat ditentukan hanya dengan memerhatikan gerak lakunya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 
         Walaupun kehebatan seseorang sering kali dinilai dari kaca mata orang yang memandang, sebenarnya apa yang dilihat adalah menifastasi daripada personaliti dalam dirinya. Kita tidak dapat melihat personaliti, apa yang dilihat adalah tingkah laku seseorang. Personaliti adalah sebahagian daripada sistem yang menghasilkan tingkah laku itu. Persoalan-persoalan yang yang menarik untuk direnungkan adalah apakah tingkah laku yang ditonjolkan oleh personaliti tadi dapat dibuat-buat? Adakah semua tingkah laku dipengaruhi oleh personaliti seseorang?